Monday, 24 February 2014

SUSTAINED RELEASE VITA C 500 mg


SUSTAINED RELEASE VITA C 500 mg

Perbezaan Shaklee :
Sains pembebasan berterusan secara semula” vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid , diekstrak dari kulit buah) juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan kebesanan vitamin C didalam tubuh kita , melegakan inflamasi , menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat Utama :

·         Membentuk Kologen – Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot , tisu , gusi , rangka dan tulang rawan. Oleh itu , ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

·         Memperbaiki Simptom Pendarahan – Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah , lembab dikulit , pemulihan kecederaan yang lambat ,kulit kering , ruam dan kulit kasar.

·         Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik , membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman , mengukuhkan sistem imun , mempertingkatkan alergi hidung dan kulit , asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema .

·         Memerangi Kanser – Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa , mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.’

·         Mencantikkan Kulit – Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah , melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

·         Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia , stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

·         Mengekalkan Kolestrol Sihat – Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah , mengekalkan kapilari darah yang sihat , menghidarkan arteriosclerosis , thrombus , menghalang pendarahan dalaman , hidung berdarah , pendarahan serebral dan skurvi.

KENAPA PILIH Sustained Release Vita C 500mg?
AW-Bio –C Plus 250mg
Kordel’s Ester C 500mg
Blackmores Vitamin C 500mg
Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg
RM83.00 / 50 serving
RM49.90 / 60 serving
RM29.00 / 60 serving
RM74.00 / 180 serving
RM1.66 / serving
RM0.83 / serving
RM0.50 / serving
RM0.40 / serving

Amaran !
1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak
Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit.

Cadangan :
-Untuk pemeliharaan kesihatan  : 2 kali setiap hari , 2 tablet setiap kali (selepas makan)  

-Untuk melawan kanser ,  influenza , penyembuhan penyakit  : 3 kali sehari , 2 tablet setiap kali

---------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Muhd Nur Syahir bin Yaacob
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Melaka / Tangkak / Muar / Gemenche dan Semenanjung Malaysia
Shaklee ID : [ No : 685966 ]
Fon Number : 016-2064321
Twitter : Muhdnursyahir
Instagram : Muhdnursyahir
Wechat : Muhdnursyahir
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 685966
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya. Sekian.

Thursday, 13 February 2014

Pengalaman Bekerja Di Kampung

Pengalaman Bekerja Di Kampung


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada mereka yang sedang membaca blogger aku ini , anak kampung  kembali balik menceritakan kisah ini , hehehe , ini kisah aku sebagai anak kampung yang hidup pada kecil kerja lagi di kampung  dan kerja di kampung , aku kerja nie pun ambil pengalaman dan mencari duit untuk menyara keluarga aku , pada masa kecil lagi aku berusaha mencari duit sendiri , aku mencari duit bekerja bersama Atok dan Odang aku  , aku kerja pun di kampung aku di Seri Kesang , rumah makbapak aku kat situ.

    Pekerjaan ini memang orang muda tak suka dengan pekerjaan ini , ishh , pekerjaan ini juga hanya orang tua yang banyak bekerja , aku termasuklah orang tua bekerja di pekerjaan ini , hahaha , aku nie dah la tinggal bersama mereka sejak kecil , mereka lah banyak mengajar aku dalam hidup aku ini , ramai orang yang tak tahu aku nie kerja apa kan , owhkay sebenarnya pekerjaan aku masa kecil aku adalah “mengopek getah di kebun getah” milik Atok aku punya , keluasan tanah tu agar kecil huh dalam 4 hekkar .

     Banyak  peristiwa manis dan pahit aku bekerja di kebun itu , aku start kerja pada umur aku dalam 10 tahun atau time aku masih sekolah rendah lagi , sekolah-2 juga tapi aku kerja pun pada sabtu dan ahad atau pada masa cuti sekolah ah , hmmm aku ingat lagi kenangan yang tak akan aku lupakan , naik motor dengan 3 orang masa aku kecil , Atok dan Odang bersama dengan aku , naik motor lama iaitu motor RC , lepas tu Odang aku beli motor baru iaitu motor EX5 , hmm aku dan bersama mereka pergi kerja pun pada awal-2 pagi ah dalam jam 7 pagi , selama 6 jam aku dan mereka berada di dalam kebun , balik dari kebun pun dalam jam 12/1 tengahari , aku balik dari kebun je terus tidur , maklumlah memang penat sangat kerja , tapi takpe aku tak kesah janji dapat pengalaman dan dapat tahu macam mana orang tua kita mencari duit untuk menyara keluarga.

     Dalam kebun getah tu memang banyak kenangan , kerja aku dalam kebun adalah hanya mengopek getah sahaja  dan menoreh itu semua kerja Atok dan Odang aku , mereka menoreh getah seluas  4 hekkar setiap hari , hmmm aku bayangkan masa tu perhhh kuatnya mereka kerja macam tu , kalau aku pun tak boleh ah , kerja aku ngopek getah seluas 4 hektar , dah selasai ngopek semua bandi aku kumpulkan , tanah seluas 4 hektar  yang aku ngopek tu dapat 10/11 baldi penuh yang penuh dengan getah ah , aku ambil masa untuk ngopek getah lebih kurang 2/3 jam je , dah siap ngopek aku terus menunggu lori datang untuk dijual , dapat jual dengan  10/11 baldi dalam RM500/600 dua hari sekali ah , Atok dan Odang aku bagi upah kat aku mengopek dalam RM30/40 sehari tapi yang paling banyak sampai RM50 ah mereka bagi upah kat aku , aku betul-2 bersyukur dapat upah sebanyak itu , duit upah tu pun aku simpan kat Atok aku tapi cuma aku ambil sedikit dalam RM10 je untuk berbelanja harian aku , aku lepas dah jual getah tu aku terus tidur dalam pondok kecil kerana menunggu Atok dan Odang aku habis menoreh , pondok kecil penuh dengan nyamuk , semut dan sebagainya.

     Aku ini dah biasa tidur dalam tempat macam tu sejak kecil lagi sampai sekarang jenis aku tak kesah tidur di mana tempat sekali  pun janji tidak memudaratkan , ada satu hari tu aku sedang ngopek getah tup-2 nampak ular besar kat pokok yang ingin aku ngopek , perhh terkejut dan terjerit-2 aku , aku jerit panggil Odang aku yang jauh untuk datang tolong aku halaukan ular tu , Odang  aku datang selamatkan aku dan dia ada cara tersendiri halau ular , hmm #terkejutdenn hahaha , itu pada masa aku kecil lagi , setiap pekerjaan mesti kelaparkan , aku bersama meraka berehat sekejap untuk makan dan minum , makanan setiap hari pada masa tu adalah nasi lemak dan kuih muih yang dibawa oleh Atok dan Odang dari kedainya , kalau tak kenyang dengan makanan tu mereka  selalu suruh aku belikan mee basah dan air bandung di kerja dalam kampung tu , kedai Tapah namanya , kedai tu memang famous di kawasan tu kerana masakan dia luar biasa sampai tak terkata-2  , membeli makanan itu semua kerja aku setelah aku sudah  ngopek getah , sambil membeli sempat lagi aku merayau di kampung tu , hahaha .

     Setelah pulang dari kebun keluarga aku taknak dekat dengan aku kerana bau busuk di badan aku , maklumlah getah itu busuk dan pakaian yang aku pakai tu pun busuk , aku ingat lagi sampai sepupu dan pakcik makcik taknak dekat dengan aku angkara baunya hahaha , busuk-2 jugak duit yang aku dapat itu tak busuk dan berharga ohh , hehe #kenangan , nak hilangkan bau tu memang ambil masa dalam 1 hari ah nak hilangkan bau getah , itu pun kena pakai sabun wangi banyak-2 time mandi ah , apabila sampai pergi ke sekolah aku memang duduk jauh dengan budak-2  mahupun cikgu kerana aku taknak diaorang tahu aku keadaan berbau busuk.

     Aku kerja ini sampai aku sekolah menengah masa aku tingkatan 4 ah , hmmmm sedihhh , aku kurang bekerja di kebun masa arwah Odang aku kena strok dan telantar tak sampai setahun ,then aku pergi keseorangan bekerja menoreh dan mengopek , pada masa tu aku belajar menoreh , sebelum ini aku tak pandai menoreh hanya pandai mengopek je, dah pandai menoreh masa tu aku terus pergi kerja sorang-2 , dalam setahun je aku buat semua tu dan tahun tu lah aku berhenti kerja di kebun kerana pokok dah rosak/tua , pada tahun tu jugak aku bersedih gila kerana pemergian Odang aku hmmm , arwah dan Atok aku lah orang yang penting dalam kerja di kebun , pemergian arwah memang banyak kenangan di kebun getah sampai aku takdapat lupakan sampai sekarang , takpe ah janji ada kenangan di kebun bersama arwah Odang aku dan Atok aku yang masih hidup.


SEBAGAI ANAK KAMPUNG KITA HENDAKLAH MENGAMBIL PENGALAMAN BEKERJA DI KEBUN/KAMPUNG , TERIMA KASIH KEPADA ARWAH ODANG AKU DAN ATOK AKU YANG MASIH HIDUP KERANA MEMBERI TUNJUK AJAR DALAM KEHIDUPAN AKU , BAU TIDAK  MENILAI  SESEORANG ITU TAPI AKHLAK ATAU HATI YANG MENILAI SESEO RANG ITU , BIARLAH LAH ORANG NAK KATA KITA BUSUK JANJI SEBALIK BUSUK ITU ADA DUIT ,  BERUSAHALAH MENCARI ILMU SEJAK KECIL LAGI , JANGANLAH PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG KAMPUNG KERANA ORANG KAMPUNG LAH YANG BANYAK PENGALAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN.