Assalammualaikum dan selamat sejahtera , hari
nie aku terbayang dalam fikiran aku ingin mencerita kisah aku pasal “Cita-cita
Aku Hancur Tapi Aku Redha” , aku amat sedih sangat nak
cerita kisah ini ,tapi takpe aku steady peace yooo J semua orang ada cita-2 tersendiri
sejak kecil lagi kan , bila time sekolah rendah mesti cikgu ada tanya setiap
pelajar apa yang cita-2 korang pada masa depan dan apa yang korang ingin kerja
setelah habis belajar/sekolah , cita-2 yang korang inginkan mesti akan tercapai
dengan usaha keras korang sejak kecil sampai mendapat kerja yang korang
inginkan , tapi bagi aku cita-2 aku sejak kecil ingin menjadi “Tentera” hanya
tinggal bayangan sahaja. Hmm L
Cita-2 aku ingin menjadi seorang tentera sebab apa aku terikut hendak
jadi macam 3 orang keluarga aku belah mak aku iaitu Arwah PakLang , sedih aku arwah baru je pencen sudah pergi ,
Allah lebih sayang kepada arwah , aku memang terpengaruh gila dengan cara kerja
arwah sebagai tentera sampai aku pernah ikut arwah pergi kem tentera dan tengok
kehidupan seorang tentera , perhhhh , MakLang aku isteri arwah PakLang aku ,
LakiBini kerja sebagai tentera , MakLang lak kerja sebagai Nurse tapi pangkat
besar dan lagi 1/2 je nak pencen , aku tengok cara MakLang aku kerja pun memang
boleh tahan dan menarik , dan sorang lagi PakCikIs aku seorang tentera kerja
dalam office , office bukan sebarang office tapi dia lah Sarjen atau Cikgu
kawad budak bawah , tengok muka dia macam owhkay tak nampak garang tapi time
dia ajar kawad lain wajah muka dia , tapi yang aku tahu dia tak garang sangat
just tegas dalam membuat sesuatu tugas.
Pada
waktu sekolah tingkatan 4 aku ingin masuk untuk belajar di sekolah tentera di
Port Dickson , yang aku tahu dari pakcik aku ada cerita kat aku kalau dapat
belajar kat situ selama 2 tahun , habis sekolah je boleh kerja tentera , perhhh
aku rasa bersyukur kerana kalau dapat masuk kat sini dan sampai lah cita-2 aku
sejak kecil , sebelum pergi interview
kat sana aku dah standby semua dalam seminggu , aku pergi kat sana dengan
bantuan PakcikIs maklumlah dia tentera
kat satu , dia cakap memang dekat gila quates dia dengan sekolah tu , jaraknya
dalam lebih kurang tak sampai sekilo , perhhh memang dekat gila ahh , aku dalam
berapa hari tidur kat rumah quastes tentera dia , sambil tunggu beberapa hari
nak pergi interview aku dan anak dia pergi merayau kat situ dan tengok suasana
tempat tentera , perhhhh sumpah aku memang impi suatu hari nanti aku capai
cita-2 aku.
Time
aku dengan pakcik aku pergi untuk interview tengok kat situ perhh terkejut aku
jumlah budak yang datang begitu ramai sekali dalam 1000 lebih , yang aku tahu
dia hanya pilih dalam 200/300 orang je , hmmm , masa interview untuk melihat
result PMR tu , dia tengok result aku then cakap “Dik semua owhkay cuma satu je
dik tak dapat iaitu result PMR yang subjek Sains adik “D”, ini bermakna dik tak
dapat kerana result PMR tidak tak capai apa kitaorang inginkan” hmmmmm aku pada
masa tu ah amat sedih gila dan pasrah , aku ada cakap dengan pakcik aku kalau
dia boleh tolong aku masukkan sebab dia/member ada orang dalam , tapi pakcik
aku cakap “takpe Abang redha ah , ada hikmahnya kalau tak dapat , abang jangan
risau kalau abang tak dapat kat sini nanti abang habis sekolah boleh mohon
untuk masuk tentera , jangan risau dengan semua tu janji abang belajar
bersungguh-2 dan menjadi tentera yang pangkat yang besar” aku masih ingat
pakcik aku pesan.
Aku redha dengan semua tu , aku balik sekolah je ramai budak yang tanya
aku “Syahir , kau dapat masuk sekolah tentera tu? ” aku pun cakap dengan pasrah “tak dapat ah
kawan sebab subjek Sains “D” , ramai kawan aku bagi semangat kat aku supaya
redha dengan semua tu dan terus perjuangan kau dan belajar bersungguh-2 nanti
dapat ah cita-2 yang impikan , yang aku paling menyirap ada sorang dua yang
cakap aku macam nie “hahaha tu la kau nak sangat jadi askar , ambil kau tak
dapat” dia cakap sambil gelak , memang kurang asam diaorang nie , tapi takpe
aku redha , ada sebilangan cikgu aku memberi bersemangat agar aku meneruskan
hidup , aku sejak tak dapat masuk tu , start tingkatan 4 hingga tingkatan 5
memang belajar bersungguh-2 untuk mencapai cita-2 aku , Alhamdulilah habis
sekolah je aku dapat result SPM yang memuaskan dan bagi aku ada jalan yang
mudah untuk aku mohon jadi tentera atau belajar di UPNM.
Setelah aku memohon di UPNM , tunggu-2 surat tawaran darinya akhir aku
tak dapat , hmm tapi takpe aku ada jalan lain iaitu tunggu tawaran masuk
tentera yang biasanya keluar kat surat khabar , aku rasa memang lambat dia
keluarkan tawaran tu , tapi takpe aku bersabar , hmmm , aku amat sedih sekali
dalam menunggu semua tu aku terbabit dalam kemalangan besar di jalanraya time
aku belajar lepasan SPM di GiatMara , aku terbabit kemalangan besar semasa
hendak pergi ke tempat belajar , tempat belajar aku amat jauh sekali dalam 3xkm
, otw pergi tempat belajar aku excident di langgar oleh lori simen , hmmm
memang tu salah dia kerana makan jalan aku dan langgar depan-2 , hmm habis aku
hancur semua impian aku ingin menjadi tentera kerana kaki dan tangan aku patah.
Syarat pemilihan tentera yang aku tahu ialah anggota badan sihat seperti
anggota badan tidak pernah patah , retak dan sebagainya , hmmm aku nak buat
macam , aku dah tahu aku memang tak layak ah menjadi tentera kerana anggota
badan aku pernah patah , huh , redha je , semua pakcik dan makcik aku askar
cakap aku memang aku takde harapan ah nak jadi tentera , tapi mereka cakap
“Syahir ada hikmah kalau sudah jadi macam nie” , impian aku sekian lama sudah
menjadi bubur , hmmm tapi takpe aku REDHA ah , ada kerja lain yang boleh cari ,
aku tak give up aku mesti cari kerja lain atau cari kerja yang sesuai untuk aku
Insha Allah.
KITA YANG MERANCANG ALLAH YANG
MENENTUKAN , REDHA LA APA YANG TERJADI , DENGAN KEREDHAAN ADA HIKMAH SEBALIKNYA
, BERDOALAH HARAP KITA DAPAT KERJA YANG HALAL DAN BAIK , KITA JANGANLAH
BERPUTUS ASA KALAU TIDAK DAPAT SESUATU YANG KITA INGINKAN , KITA HENDAKLAH
YAKIN PADA DIRI KITA DENGAN KEBOLEHAN YANG KITA ADA , INGIN BERJAYA PADA MASA
DEPAN HENDAKLAH KITA BERMULA BERUSAHA PADA MASA KECIL LAGI .
No comments:
Post a Comment