Saturday, 7 February 2015

Kita Haruslah Pandai Dalam Memilih Jodoh Kita

Kita Haruslah Pandai Dalam Memilih Jodoh Kita


Assalammualaikum dan selamat sejahtera Malaysia J , pada zaman sekarang memang terlalu senang sangat kita cari siapa jodoh kita , merata tempat kita boleh temui jodoh kita atau pasangan kita , pelbagai cara nak cari jodoh pada zaman ini seperti dalam internet , telefon dan banyak lagi cara ah hari ini , yang paling aku pelik sampai pada zaman sekarang kalau nak cari jodoh kita senang je ikuti peraduan mesej then harta ke nombor tu serta kenali diri kita then dapat jodoh kita , hahaha aku ingat ada peraduan tu , lawak-2 tahap gaban , senang ah pada sesiapa yang ingin mencari jodoh btw semua itu menggarot bagi aku.
 
     Pada zaman sekarang mencari jodoh yang kita inginkan memang la susah , sesetengah orang hendak mencari jodoh memang terlalu memilih sangat , mereka yang hendak jodoh dia yang berpangkat,berharta,berduit,senang,comel macam Kak Ton J,handsome ah dan sebagainya , banyak ah syarat orang yang ingin menjadi jodoh dan terlalu mengada-gada sangat sampai ingin berbeza orang lain yang mana kaya dan yang mana miskin , selain itu memilih yang mana lawa ke tak dan handsome ke tak , huhu kita just ingat satu je itu semua Tuhan yang menentukan , jangan terlalu memilih sangat , ingat dengan sikap kita macam ini memang lambat ah memasuk alam perkahwinan.

    Rasa aku orang pada zaman sekarang memang  macam tu , kita tengok pada zaman dahulu tak kesah sekali memlilih siapa jodoh mereka yang penting dia ikhlas menjadi bakal pasangan kita dan pandai menjaga kita dan keluarga mahupun susah ataupun susah , aku just tengok dalam family aku je , Atok dan Odang pernah cakap diaorang tak kesah memilih jodoh janji diaorang bahagia , yang aku tahu Atok dan Odang aku adalah sepupu , mereka adalah sepupu sepapat , dah jodoh diaorang apa nak buat terimalah jodoh itu , tapi aku tengok kehidupan mereka luar biasa , senang takde senang sangat janji kena pandai mencari rezeki antara satu sama lain , lagi satu beza umur mereka memang jauh beza ah , steady J

    Memilih umur menjadi satu masalah pada hari ini , jodoh sebenarnya tak mengira umur kita dengan pasangan kita , kalau jodoh kita perbezaan umur dengan seseorang itu jauh , terima je lah , itu Allah yang menentukan , umur Atok dan Odang aku jauh juga ah dalam berbezaan 5/6 tahun dan umur ibubapa aku agak jauh sekali dengan berbezaan 8/9 tahunn , perhhh sungguh jauh sekali umur mereka , zaman sekarang kalau ingin mencari jodoh bagi lelaki ah perempuan lebih muda lagi dia , aku tengok sekarang yang aku nampak ah owhkay je kalau perempuan lebih tua dari lelaki macam kisah MakLang aku ah , bahagia je kehidupan dia , satu lagi biasa ah dalam ingin mencari jodoh kena lah lelaki lebih tua daripada perempuan , itu semua senang ah kalau lelaki lebih tua dari perempuan kerana orang yang dah lama makan garam tahu semua selok belok dan ilmu yang telah pelajari lebih orang yang baru pelajari.

    Selain itu , kita haruslah mencari jodoh kita yang mampu terima kita seadanya , terima seadanya macam dia tak kesah kita cantik ke tak,kurus ke gemuk,pendek ke tinggi,pandai ke tak,putih ke hitam manis dan sebagainya ah , sebelum kahwin kita nie dah kenal dia macam mana tapi kita tak kenal lagi dia 100% , kalau dah masuk alam perkahwinan nie barulah kita kenal pasangan kita nie sepenuhnya dari atas hingga ke bawah , ada orang sebelum dia kahwin dia tidak menunjukkan siapa diri dia sebenarnya selepas dah kahwin baru dia tunjukkan siapa diri dia sebenarnya , kalau kita dah tahu siapa diri dia sebenarnya janganlah kita berasa menyesal kalau kita baru tahu dia ada kekurangan yang kita tak suka , terimalah dia seadanya , dan kalau kita baru tahu kelebihan dia yang luar biasa bersyukurlah dapat macam tu , ingat satu je setiap orang ada kelebihannya dan ada kekurangan , so sebelum kita nak pandang orang macam tu kita kena pandang diri kita dahulu yang apa kelebihan kita dan kekurangan kita , ‘Nobody Is Perfect’ , itu jodoh kita terima dia sepenuhnya.

    Dalam memilih jodoh yang paling penting sekali ialah jodoh kita minta atau mendapat redha dari kedua ibubapa kita dan terima seadanya ah kalau ibubapa kita atau mak dan bapa mertua kita penampilan mereka dan kekayaan meraka , tu ambil ala kala je , kalau kita yang tak suka pada ibubapa mertua kita tak suka kerana buruk ke apa , aku nak tanya kau satu je yang kau nak kahwin dengan dia(ibubapamertua) ke atau anak dia? Hahaha cubalah fikir-2 ah , juga kita hendaklah sentiasa menghormati ibubapa/mertua walaupun dia ada sedikit kesalahan kat kita dan janganlah kita malu bertanya sesuatu kepada mereka kerana mereka lebih banyak pengalaman di dalam alam perkahwinan , dia dah lama hidup di dunia ini dan dialah dah makan garam dulu dari kita , selain itu kita hendaklah berkongsi perasaan bersama mereka yang mana penting sahaja , insha Allah mereka dapat menolong kita menyelesaikan masalah rumah tangga kita dan akhir sekali janganlah sesekali kita simpan sesuatu perasan sampai pendam terhadap pasangan kita.

    Akhir sekali ingin mencari jodoh haruslah la kita mencari jodoh dalam segi keagamaan , ini amat penting ohh dalam mencari jodoh , cari biarlah jodoh kita itu pandai dalam ilmu keagamaan dan pandai mendidik kita atau anak kita dalam rumah tangga , ini amat susah kita ingin mencari jodoh kita pada zaman sekarang , susah-2 juga tapi kita kena pandai mencari jodoh yang sempurna dari segi keagamaan atau kita berdoa , kepada Tuhan agar jodoh kita itu orang yang beriman “Ya Tuhan kami , anugerahkanlah kepada isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” #Amin , biarlah keluarga kita bahagia selalu dan ia membawa sampai ke syurga.

Dalam Islam terdapat beberapa perkara yang ingin mencari jodoh antaranya ialah “Muhasabah Diri” , “Tidak Pernah Berputus Asa Berdoa Kepada-NYA” , “Perbanyakkan Ibadah Sunnah” , “Janganlah Terlalu Memilih” , “Memperluaskan Pergaulan” dan “Meminta Bantuan Orang Lain” , ini semua aku dapat dari blog seseorang , apa yang aku baca semua tu memang betul perkara yang penting untuk kita mencari jodoh kita , aku belum masanya sesuai lagi nak cari siapa jodoh aku , umur aku masih muda lagi dan banyak lagi yang perlu aku mencari ilmu pengetahuan di dunia serta di akhirat.

     

No comments:

Post a Comment