Sunday, 19 January 2014

Larangan Menyesali Takdir ALLAH SWT

Larangan Menyesali Takdir Allah SWT

ALLAH SWT melarang menyebut perkataan ‘kalau’ sekiranya terjadi perkara yang tidak disukai. Ia ditegah dan dilarang sama sekali. Bahkan , ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan sekalipun kepada kita.

  Walaupun begitu , masih ada orang meratapi sesuatu musibah dengan menyesali terhadap kejadian-kejadian yang berlaku kepadanya. Misalnya , ada suami yang menyesal berkahwin dengan isterinya dan sebaliknya. Ketika itu , pasti ada yang berkata “Kalaulah….”. Perbuatan ini amat ditegah , kerana seolah-olah kita menyesali takdir yang ditetapkan ALLAH SWT.

  Orang seperti ini dipanggil sebagai golongan yang meratapi nasib. Baginya , ada sahaja perkara yang tidak kena dan tidak disenangi. Maka , sikap orang seperti ini , akhirnya tidak akan membawa dirinya ke mana-mana. Dia tidak akan berjaya , bahkan mudah untuk menempuh kegagalan.


  Sebaliknya , berbeza dengan orang tidak suka mengeluh terhadap sesuatu musibah yang menimpa dirinya. Setiap musibah atau kejadian buruk yang berlaku kepadanya akan dijadikan sebagai pengajaran. Malah , mereka akan sentiasa bersikap positif dengan mengangap apa yang berlaku memberikan nilai tambah kepada dirinya.

No comments:

Post a Comment