Berangkat Terus Menjadi Kekasih
Assalammualaikum dan selamat sejahtera , harap orang
yang baca blogger aku ini sihat sejahtera J banyakkan berdoa agar dipanjang umur dan dipermurahkan rezeki korang ,
Alhamdulilah aku sekarang ini sihat sejahtera walaupun kaki aku ini belum
sembuh lagi , insha Allah akan sembuhlah kaki aku ini #Amin , hmm pasal cerita
ini kan aku buat yang pernah wujud dalam hidup aku ini , bosan duduk je kat
dalam rumah lebih baik aku mengisikan masa lapang aku dengan semua ini.
Dalam dunia
ini kita mudah berangkat sesiapa pun tak kiralah lelaki ke perempuan , bagi
taste lelaki di suka cari kakak atau adik angkat perempuan kalau nak cari abang
ankat ada ah sedikit , tu taste lelaki kalau taste perempuan dia lebih gemar
cari adik atau kakak angkat perempuan ,
perempuan kurang ah nak cari abang angkat kerana dia takut , abang/akak dan adik
angkat ini bagi aku sikit ah penting
dalam hidup aku kerana diaorang boleh bantu aku dari belakang dan
sebagai teman hidup aku selain keluarga aku.
Pada mulanya
aku tak terfikir dan tak tahu berangkat itu apa , last minit time aku sekolah
menengah tingkatan 3 baru aku tahu erti berangkat , aku tengok kawan aku ramai dia ada
adik/abang/akak angkat diaorang , aku tengok time kawan aku susah
adik/abang/akak berangkat dia lah yang menolong dia , aku pada mula tu ah teringin
nak cari adik angkat kat sekolah , hmm kalau aku ada rezeki dapat ah aku adik
angkat , jenis aku kalau nak cari adik angkat mesti tengok dia dulu , kalau dia
bersikap baik baru lah boleh aku anggapkan dia adik angkat .
Time
tingkatan 4 aku otw pergi kantin time rehat ah , aku terserampak dengan seorang
budak perempuan ini , sebelum ini aku tak pernah nampak dia langsung kat
sekolah , masa aku nampak dia sedang berjalan dengan budak kelas aku ,masa
diaorang tengah berjalan berdua aku kacau diaorang sedang berbual dan sampai
aku pandang budak tu paisehh hahaha , sampai kat kelas je aku tanya kat kawan
aku then cakap “tadi kau jalan dengan siapa dan siapa budak tu , sebelum ini
aku tak pernah nampak pun then kawan aku cakap dia budak baru masuk sekolah ini
dalam beberapa bulan je , owhh” aku dalam hati nak je jadikan dia adik angkat
aku kat sekolah , aku mula-2 suruh kawan aku minta nombor budak tu , tak berapa
hari tu dia bagi nombor dia kat kawan aku , akhirnya dapat nombor budak tu.
Apabila dah
dapat nombor dia aku terus mesej dia dan tanya dia kau budak baru ke then dia
balas dia budak baru , aku pun balas owhhhh , aku pada masa tu berkenalan diri
aku dan diri pun sama berkenalan diri dia , pada masa tu mesej panggil aku dan kau je , dah
lama kemudian dia panggil aku abang then aku panggil lah dia adik , maklumlah
dia tahu panggilan apa yang sesuai untuk dipanggil , tup-2 dah lama saling berkenalan
antara satu sama lain aku terus anggap dia adik angkat aku dan cakap dengan dia
aku nak jadi dia adik angkat boleh tak then dia cakap boleh , alhamdulilah
akhirnya dapat ah aku adik angkat , dia lah orang yang pertama aku jadikan dia adik
angkat , sebelum ini aku tak pernah ada sesiapa adik angkat aku mahunpun
abang/akak angkat.
Dengan
adanya adik angkat di sekolah mudah la aku di sekolah kerana ada orang boleh
membantu aku selain adik kandung aku di sekolah , aku apabila susah dia selalu
ada membantu tak kira apa sahaja , sampai ramai kawan aku dan cikgu tahu yang
ada adik angkat , hahaha , pada masa tu aku pandai membahagikan masa aku
belajar dan masa dengan adik angkat , pada masa tu aku selalu tolong dia
mengajar dalam subjek Math yang dia kurang faham subjek tu dan subjek lain ada aku
mengajar dia , maklum lah aku subjek Math aku minat , dia juga telah banyak
bantu aku dan beri aku sebarang ilmu agama maklumlah dia sebelum pindah ke
sekolah aku dia sekolah agama , itu yang aku tahu ah , dia banyak mengubah cara
hidup aku dalam segi keagamaan. #Alhamdulilah
Setelah lama berangkat aku terperanjat
hubungan aku dengan adik angkat aku ini jadi hubungan percintaan , hmm entah
dah jodoh aku dengan adik angkat aku kot atau cinta aku dengan dia , pada masa
tu aku dan adik angkat aku dalam keadaan single avaible , tup-2 dari berangkat
terus percintaan ,hubungan percintaan berbelah antara dua/putus , aku dengan
dia tak lama bercinta , aku tahu bercinta pada zaman sekolah itu cinta monyet
kalau lah dia betul cinta hati aku ada jodoh ada ah , setelah putus masa cinta
monyet itu habis sekolah je aku dengan dia owhkay ada bertegur siapa , tak ah
sampai jumpa je tak tegur siapa , aku anggapkan dia adik ah atau kawan ah dan aku
anggapkan dia saudara ISLAM aku , aku redha dengan apa yang terjadi dan ada
hikmah disebaliknya.
AKU BERSYUKUR KEPADA
TUHAN DAPAT ADIK ANGKAT SEPERTI DIA , ADIK-2 ANGKAT JUGA JANJI AKU TAK LUPA
KEPADA ADIK KANDUNG AKU , AKU MINTA MAAF KALAU ADA BUAT KESALAHAN TERHADAP KAU
SELAMA KITA BERANGKAT DAN BERTERIMA KASIH SEMUA INI , AKU BERHARAP KAU
PANDAI GUNAKAN ILMU YANG AKU PERNAH BERI
KAT KAU , KALAU ADA JODOH KITA BERJUMPA
LAH LAGI , SEMOGA KAU BERBAHAGIA SELALU DENGAN HIDUP BARU KAU.

No comments:
Post a Comment