Thursday, 13 February 2014

Pengalaman Bekerja Di Kampung

Pengalaman Bekerja Di Kampung


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada mereka yang sedang membaca blogger aku ini , anak kampung  kembali balik menceritakan kisah ini , hehehe , ini kisah aku sebagai anak kampung yang hidup pada kecil kerja lagi di kampung  dan kerja di kampung , aku kerja nie pun ambil pengalaman dan mencari duit untuk menyara keluarga aku , pada masa kecil lagi aku berusaha mencari duit sendiri , aku mencari duit bekerja bersama Atok dan Odang aku  , aku kerja pun di kampung aku di Seri Kesang , rumah makbapak aku kat situ.

    Pekerjaan ini memang orang muda tak suka dengan pekerjaan ini , ishh , pekerjaan ini juga hanya orang tua yang banyak bekerja , aku termasuklah orang tua bekerja di pekerjaan ini , hahaha , aku nie dah la tinggal bersama mereka sejak kecil , mereka lah banyak mengajar aku dalam hidup aku ini , ramai orang yang tak tahu aku nie kerja apa kan , owhkay sebenarnya pekerjaan aku masa kecil aku adalah “mengopek getah di kebun getah” milik Atok aku punya , keluasan tanah tu agar kecil huh dalam 4 hekkar .

     Banyak  peristiwa manis dan pahit aku bekerja di kebun itu , aku start kerja pada umur aku dalam 10 tahun atau time aku masih sekolah rendah lagi , sekolah-2 juga tapi aku kerja pun pada sabtu dan ahad atau pada masa cuti sekolah ah , hmmm aku ingat lagi kenangan yang tak akan aku lupakan , naik motor dengan 3 orang masa aku kecil , Atok dan Odang bersama dengan aku , naik motor lama iaitu motor RC , lepas tu Odang aku beli motor baru iaitu motor EX5 , hmm aku dan bersama mereka pergi kerja pun pada awal-2 pagi ah dalam jam 7 pagi , selama 6 jam aku dan mereka berada di dalam kebun , balik dari kebun pun dalam jam 12/1 tengahari , aku balik dari kebun je terus tidur , maklumlah memang penat sangat kerja , tapi takpe aku tak kesah janji dapat pengalaman dan dapat tahu macam mana orang tua kita mencari duit untuk menyara keluarga.

     Dalam kebun getah tu memang banyak kenangan , kerja aku dalam kebun adalah hanya mengopek getah sahaja  dan menoreh itu semua kerja Atok dan Odang aku , mereka menoreh getah seluas  4 hekkar setiap hari , hmmm aku bayangkan masa tu perhhh kuatnya mereka kerja macam tu , kalau aku pun tak boleh ah , kerja aku ngopek getah seluas 4 hektar , dah selasai ngopek semua bandi aku kumpulkan , tanah seluas 4 hektar  yang aku ngopek tu dapat 10/11 baldi penuh yang penuh dengan getah ah , aku ambil masa untuk ngopek getah lebih kurang 2/3 jam je , dah siap ngopek aku terus menunggu lori datang untuk dijual , dapat jual dengan  10/11 baldi dalam RM500/600 dua hari sekali ah , Atok dan Odang aku bagi upah kat aku mengopek dalam RM30/40 sehari tapi yang paling banyak sampai RM50 ah mereka bagi upah kat aku , aku betul-2 bersyukur dapat upah sebanyak itu , duit upah tu pun aku simpan kat Atok aku tapi cuma aku ambil sedikit dalam RM10 je untuk berbelanja harian aku , aku lepas dah jual getah tu aku terus tidur dalam pondok kecil kerana menunggu Atok dan Odang aku habis menoreh , pondok kecil penuh dengan nyamuk , semut dan sebagainya.

     Aku ini dah biasa tidur dalam tempat macam tu sejak kecil lagi sampai sekarang jenis aku tak kesah tidur di mana tempat sekali  pun janji tidak memudaratkan , ada satu hari tu aku sedang ngopek getah tup-2 nampak ular besar kat pokok yang ingin aku ngopek , perhh terkejut dan terjerit-2 aku , aku jerit panggil Odang aku yang jauh untuk datang tolong aku halaukan ular tu , Odang  aku datang selamatkan aku dan dia ada cara tersendiri halau ular , hmm #terkejutdenn hahaha , itu pada masa aku kecil lagi , setiap pekerjaan mesti kelaparkan , aku bersama meraka berehat sekejap untuk makan dan minum , makanan setiap hari pada masa tu adalah nasi lemak dan kuih muih yang dibawa oleh Atok dan Odang dari kedainya , kalau tak kenyang dengan makanan tu mereka  selalu suruh aku belikan mee basah dan air bandung di kerja dalam kampung tu , kedai Tapah namanya , kedai tu memang famous di kawasan tu kerana masakan dia luar biasa sampai tak terkata-2  , membeli makanan itu semua kerja aku setelah aku sudah  ngopek getah , sambil membeli sempat lagi aku merayau di kampung tu , hahaha .

     Setelah pulang dari kebun keluarga aku taknak dekat dengan aku kerana bau busuk di badan aku , maklumlah getah itu busuk dan pakaian yang aku pakai tu pun busuk , aku ingat lagi sampai sepupu dan pakcik makcik taknak dekat dengan aku angkara baunya hahaha , busuk-2 jugak duit yang aku dapat itu tak busuk dan berharga ohh , hehe #kenangan , nak hilangkan bau tu memang ambil masa dalam 1 hari ah nak hilangkan bau getah , itu pun kena pakai sabun wangi banyak-2 time mandi ah , apabila sampai pergi ke sekolah aku memang duduk jauh dengan budak-2  mahupun cikgu kerana aku taknak diaorang tahu aku keadaan berbau busuk.

     Aku kerja ini sampai aku sekolah menengah masa aku tingkatan 4 ah , hmmmm sedihhh , aku kurang bekerja di kebun masa arwah Odang aku kena strok dan telantar tak sampai setahun ,then aku pergi keseorangan bekerja menoreh dan mengopek , pada masa tu aku belajar menoreh , sebelum ini aku tak pandai menoreh hanya pandai mengopek je, dah pandai menoreh masa tu aku terus pergi kerja sorang-2 , dalam setahun je aku buat semua tu dan tahun tu lah aku berhenti kerja di kebun kerana pokok dah rosak/tua , pada tahun tu jugak aku bersedih gila kerana pemergian Odang aku hmmm , arwah dan Atok aku lah orang yang penting dalam kerja di kebun , pemergian arwah memang banyak kenangan di kebun getah sampai aku takdapat lupakan sampai sekarang , takpe ah janji ada kenangan di kebun bersama arwah Odang aku dan Atok aku yang masih hidup.


SEBAGAI ANAK KAMPUNG KITA HENDAKLAH MENGAMBIL PENGALAMAN BEKERJA DI KEBUN/KAMPUNG , TERIMA KASIH KEPADA ARWAH ODANG AKU DAN ATOK AKU YANG MASIH HIDUP KERANA MEMBERI TUNJUK AJAR DALAM KEHIDUPAN AKU , BAU TIDAK  MENILAI  SESEORANG ITU TAPI AKHLAK ATAU HATI YANG MENILAI SESEO RANG ITU , BIARLAH LAH ORANG NAK KATA KITA BUSUK JANJI SEBALIK BUSUK ITU ADA DUIT ,  BERUSAHALAH MENCARI ILMU SEJAK KECIL LAGI , JANGANLAH PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG KAMPUNG KERANA ORANG KAMPUNG LAH YANG BANYAK PENGALAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN.

No comments:

Post a Comment