Friday, 29 November 2013

Perbezaan Sahabat Dan Kawan Serta Kekasih

Perbezaan Sahabat Dan  Kawan Serta Kekasih




 Assalammualaikum dan selamat sejahtera you all , alhamdulilah stay diberikan nyawa di pagi yang indah ini , aku bersyukur bangun tidur je nyawa masih boleh bernafas , aku pelik hari ini yang aku nak ceritakan kisah ini kerana ini semuanya realiti dalam kehidupan aku , kalau bagi korang hal ini lain dan memang tak betul hmmmm ada aku kesah hahahaha J , aku just nak kongsikan pengalaman aku di dunia ini , memang terlalu banyak pengalaman bersama Sahabat aku selama dapat hidup bersama mereka. Huhu J

     Aku bersyukur dapat berberapa Sahabat sejak aku tingkatan 4 , aku ini memang banyak kawan tapi Sahabat  memang susah aku nak cari ahh , perbezaan Kawan dengan Sahabat memang terlalu jauh  beza bagi aku , kawan memang senang cari mana-2 tapi Sahabat la susah nak cari dan mengambil masa lama untuk dianggapkan Sahabat kita , kalau kita dah lama kenal seseorang itu dari atas hingga bawah  memang dia akan terjurus anggapkan dia Sahabat kita , aku mencari Sahabat memang terlalu lama dan susah untuk aku mencari untuk dijadikan Sahabat.

       Alhamdulilah aku sejak satu kelas dengan diaorang selama 2 tahun aku dah anggap diaorang Sahabat aku, dalam kelas tu terlalu banyak kawan , sebilangan je aku aggapkan seseorang itu  Sahabat , selama 2 tahun bersama dengan diaorang , aku mula-2 tengok perbeza antara Sahabat dan Kawan dahulu , dah lama aku tengok cara diaorang memang jauh beza daripada kawan , senang dan susah diaorang tetap bersama aku , apa-2 hal yang aku tak dapat buat sesuatu pasti diaorang tetap bersama aku dan menolong aku , pengalaman aku sejak tu memang banyak diaorang ingin bersama aku contohnya kalau aku kena denda diaorang pun bersama ingin kena denda bersama aku  , keluar bersama , makan dan minum bersama , dimana aku pergi sentiasa ada diaorang , gelak ketawa sedih bersama , pergi dan balik sekolah sentiasa bersama , study bersama dan banyak lagi ah , aku masih ingat lagi kisah dulu.

     Time belajar diaorang saling bersama dengan aku dan membantu aku dalam pembelajaran , study,buat homework dan sebagainya saling bersama tak kesah buat ini dimana saja , kitaorang memang study dimana-2 tempat dan tak kesah di mana sekalipun , balik sekolah pun bersama dengan  diaorang dan saing bersama pulang ke rumah yang mana sama jalan pulang rumah ah , kalau free kitaorang selalu lepak di mana-2 contohnya karaoke,taman dan makan di kfc  ,pada waktu  malam masa nak dekat exam SPM kitaorang Sahabat selalu study malam di rumah Sahabat contohnya rumah Myza dan Syukri Mahat , itu tempat yang paling sesuai untuk kitaorang study dan tiada tempat lain untuk study. hehehe

     Aku rasa berbangga sangat dapat Sahabat macam diaorang kerana time aku susah dia datang membantu  contohnya time aku jatuh sakit di Hospital diaorang beramai datang melawat aku di Hospital , bukan aku sorang je tapi time dak Syafiq di Hospital pun kitaorang ziarah , ehh bukan la masa yang sama berlaku tapi jarak hari yang berbeza , bersyukur dapat Sahabat macam tu , susah senang bersama , satu lagi time hari raya kitaorang memang beraya bersama , beraya di setiap rumah Sahabat dan semua rumah cikgu yang mengajar kitaorang , memang itu la momory  yang terindah dalam hidupku kerana dapat beraya bersama diaorang dengan membawa motorsikal beramai-2  , hahaha #Rare J  tapi time habis sekolah je diaorang masing-2 memang dah ada lesen kereta , so memang gembira ah dapat beraya dengan naik kereta beramai-2  , seseorang je naik kereta yang lain naik motor , itu semua bagi aku tak kesah janji dapat beraya bersama diaorang.

     Last jenis aku memang lebih penting aku melayan  seseorang yang aku sayang macam makwe ah , hmmm itu semua hanya tinggal kenangan , jodoh  tiada kalau ada jodoh dengan dia ada ah , dan jenis aku ini takde ah sampai lupakan Sahabat aku time hidup bersama dengan dia , masa pergi dan balik sekolah takde ah sampai lupakan diaorang , di dalam kelas aku memang penting melayan diaorang , bagi aku dalam kelas dan luar kelas aku lain berbeza aku melayan seseorang , Sahabat aku tahu masa tu aku ada makwe , tapi cara diaorang layan aku pun takde sampai lebih macam makwe-2 , aku tahu orang kalau seseorang dia sayang layan orang Sahabat/Kawan yang terlalu lebih dia pasti akan cemburu , aku tahu ah had semua tu #cemburukeranasayang , hahaha , pada masa tu ah aku berharap dia akan faham perasaan/cara aku membeza dia dan Sahabat/Kawan aku , hmmm aku redha dengan semuanya setelah dia tiada dalam hidupku #cintamonyet , walaupun dia tiada dalam hidup aku tapi aku tetap masih ada Sahabat aku sampai hari ini  ,  Sahabat la aku berharap diaorang akan bersama aku selamanya #InshaAllah , perbezaan 3 antara 1 ini memang jauh bezanya.


 APABILA HENDAK MENCARI KAWAN MEMANG LAH SENANG TAPI APABILA HENDAK MENCARI SAHABAT MEMANG SUSAH NAK CARI , DALAM 10 KAWAN HANYA 1 ATAU 2 JE DIANGGAPKAN SAHABAT , SAHABAT LAH SUSAH SENANG BERSAMA DENGAN KITA , BAGI ORANG YANG KITA SAYANG  JANGAN CEMBURU TAK BERTEMPAT APABILA KEKASIH LAYAN SAHABAT , SO KITA HENDAKLAH PANDAI BEZAKAN , KITA AKAN MENYESAL KALAU KEHILANGAN SAHABAT KITA , AKU BERHARAP SAHABAT  AKU AKAN BERSAMA DENGAN AKU HINGGA AKHIR HAYAT , AMIN , AKU MINTA MAAF KEPADA BEKAS KEKASIH  AKU KERANA KAU ADA SALAH FAHAM DENGAN CARA AKU MELAYAN KAU DENGAN SAHABAT AKU.

No comments:

Post a Comment