Saturday, 29 March 2014

ALFALFA COMPLEX

ALFALFA COMPLEX

Perbezaan Shaklee 
Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.
Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid , herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan” , Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Kemudian , daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Manfaat Utama :
Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin , asid klorofil , serat , 15 zat galian , 10 vitamin , 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

·         Mencuci hati , darah dan usus – Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid , menghilangkan toksin dari badan , membersihkan hati , kolon , darah dan mencantikkan kulit dan otot.

·         Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitive , kurap , bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

·         Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung , hyperacidity , ulser gastrik , hepatitis dan sembelit.

·         Menyikirkan lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak , mengurangkan kolestrol , mencegah penyakit jantung , strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi  saponin , seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

·         Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan , dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

·         Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

·         Mencegah/merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Cadangan :
-Untuk kesihatan berpanjangan      : 2 kali sehari – 10 biji setiap pengambilan

Larutkan 10 biji Alfalfa di dalam air , campurkan 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger dan jus buahan atau jus pekat untuk rasa yang lebih enak. Ia baik untuk sistem usus dan perut. Sesuai untuk diminum pada bila-bila masa.

-Untuk pencucian usus dan detoksifikasi , mencuci darah , melawan kanser    : 3-4 sehari , 10 biji setiap pengambilan (di ambil dengan air kosong).


---------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Muhd Nur Syahir bin Yaacob
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Melaka / Tangkak / Muar / Gemenche dan Semenanjung Malaysia
Shaklee ID : [ No : 685966 ]
Fon Number : 016-2064321
Twitter : Muhdnursyahir
Instagram : Muhdnursyahir
Wechat : Muhdnursyahir
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 685966
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya. Sekian.

Sunday, 9 March 2014

Memory Dua Tahun Lagi Habis Sekolah Di SMK Datuk Bendahara , Jasin , Melaka

Memory Dua Tahun Lagi Habis Sekolah Di SMK Datuk Bendahara , Jasin , Melaka


Assalammualaikum dan salam sejahtera , aku teringin nak sambung cerita/kisah aku di sekolah menengah nie , maklumlah aku masih ingat lagi memory di sekolah nie dan terbanyak kenangan di sekolah ini , aku hanya nak kongsikan kenangan aku kepada sesiapa yang follow blogger aku nie , thanks ah sesiapa yang follower atau melawat blogger aku , berharap berterima kasih kepada sesiapa yang mengikuti ea , memory dua tahun lagi nak habis sekolah di SMK Datuk Bendahara di masa aku tingkatan empat dan lima.

        Sudah bersuka sakan dan bergembira tahap gaban kerana aku lepas mangsa PMR , naik ah aku tingkatan empat , budak atas dikatakan kalau kita dah masuk tingkatan empat , hahaha , tingkatan empat la boleh la kita boleh buat-2 abang besar di sekolah , takde berani orang nak marah kecuali budak tingkatan lima ah , hahaha  , boleh ah cikgu layan budak tingkatan empat macam kawan-2 atau orang dewasa , right? Entahle  bagi aku ahh , kalau bagi korang lain ah hahaha #Perasan , naik je menengah atas je aku kena matang dan hormat budak bawah dan cikgu , kalau masa tu lah aku dah boleh berfikiran perbezaan  positif dan negatif , lebih penting aku bersikap lebih MATANG , aku cuma ada membawa sedikit je perangai budak-2 , ada aku kesah  , hahaha #Thisisme J

      Dengan result PMR tu aku memang dah masuk kelas 4B iaitu kos accout tapi nasib tak menyebelahi aku kerana dapat kelas 4C iaitu kelas Sastera , tak dapat masuk kelas tu kerana subjek Sains PMR aku gagal , tu pasal lah tak dapat , tapi takpe aku tak kesah , ada hikmahnya aku tak masuk kelas tu dan dapat kelas lain , aku amat sedih sekali kerana ramai kawan aku pindah sekolah naik tingkatan empat , tapi paling aku sedih kawan baik pindah sekolah , hmmm tapi takpe aku tahu halatuju dia untuk kejayaan dia , aku pun bersyukur dengan jalan halatuju aku masuk ke kelas tu , pada tahun tu juga aku berubah fikiran untuk tukar sekolah ke sekolah tentera darat di Port Dickson , aku dan pakcik serta makcik askar yang bagi cadangan kat aku untuk cuba masuk ke situ , aku pun minat masa kecil hendaj jadi seorang Askar , aku dah berfikir masa tu untuk masuk Pempelajaran Tentera Darat lepasan PMR , aku datang kat situ dengan yakin akan terpilih ,  sedihh akhirnya aku tak dapat masuk kerana subjek Sains aku ah gagal , hmm takpe ah aku redha  , aku terpaksa duduk kat sekolah lama , tapi takpe aku tak kesah. L

       Bersyukur kepada Allah bagi jalan yang lurus kepada aku walaupun tak dapat masuk tempat tu , redha je , masuk kelas 4C ambil subjek tambahan iaitu Ekonomi Asas,Reka Cipta dan Pendidikan Seni , kelas tu ialah kelas kos Sastera , aku tak kesah janji aku dapat belajar dan mendapat ilmu sepenuhnya dan bersyukur dapat kawan baru lelaki mahupun perempuan , aku berkawan semua orang dalam kelas bertukar menjadi SAHABAT dalam sesetengah orang , aku anggap cikgu macam kawan baik aku , cara cikgu layan aku macam kawan/anak , aku kesemua cikgu time tu baik alhamdulilah , tak ada masalah , aku belajar subjek tambahan semua subjek tambahan bagi aku senang gila #bagiaku , subjek Ekonomi Asas je mula-2 susah dan tak faham lepas dah belajar lebih mendalam akhirnya senang bagi aku cuma subjek kita kena Ingat dan aku belajar dengan Pro subjek tu iaitu Syukri Mahat , lain subjek tambahan senang gila ah bagi aku.

     Naik tingkatan lima kelas sama 4C ke 5C kerana kos yang kita ambil akan sama dengan kelas sebelum nie , memang kita kena belajar dengan kawan yang sama selama dua tahun , maklumlah kos sama cikgu pun sama yang ajar tapi sedikit je itupun cikgu Roshanizah,Aziz Ahmad,Toyibah,Madam Zaorah,Faezah dan Laili , Alhamdulilah dua tahun berturut-2  bersama cikgu tersebut , aku memang baik gila dengan semua cikgu tersebut , tapi yang paling aku dan kawan aku rapat dan baik cikgu Roshanizah dan Madam Zaorah , aku ketua tingkatan dalam kelas dengan  budak tongjang iaitu Hamizah Ramli aka Kak Long  #kaklasangatkan hahaha , aku paling suka cara dua cikgu tersebut ajar/layan  aku dan kawan aku , dulu time tingkatan empat guru kelas lain naik je tingkatan lima aku dan semua kawan aku berharap cikgu Roshanizah menjadi guru kelas kerana cikgu tu ah akan buat kelas selalu gembira tapi gembira-2 juga dia ah garang dalam kelas , alhamdulilah betul jangkaan kitaorang cikgu tu jadi guru kelas , cikgu tu garang dalam kelas  tapi dalam banyak-2 guru kat sekolah dialah guru perempuan yang paling garang , tapi aku dan kawan aku hormat dan dengar cakap dia , aku banyak didenda dengan cikgu Roshanizah antaranya dengan belajar duduk di luar kelas selama dua waktu , rotan biasalah tapi luar biasanya,cubit ditangan luar biasanya dan sebagainya tapi banyak ohh , seorang cikgu lagi iaitu Madam Zaorah pulak selalu belanja makan dan minum kitaorang dan bagi hadiah time birthday dan lain-2 #hanyacikgutuyangtahu , pada tahun tu dan tahun sebelumnya aku belajar bersungguh-2 untuk mendapat kecemerlangan dalam exam SPM , Alhamdulilah akhirnya dengan belajar bersungguh-2 aku mendapat keputusan 2A 6B 1C 1D dalam SPM.

    Hasil tangan dan nama aku di sekolah amat banyak dan sampai sekarang contohnya aku dan kawan-2 aku tolong melukis gambar atlet sukan di terowong bagunan baru ada terpampar nama aku dan kawan aku. Selain itu , membuat slogan “Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Kejayaan” juga hasil tangan aku dan kawan aku , banyak ah hasil tangan aku dibuat di luar bilik kelas mahupun luar kelas , hanya aku dan sesiapa yang tahu hasil tangan aku dan sumbangan aku di sekolah , sekolah yang indah dan penuh memory hingga akhir hayat. Insh Allah kalau aku panjang umur dan time aku dah berumur aku ingin melihat kembali sekolah aku atau tempat ku bermula berjaya disitu , aku berharap memory tersemat dihati sampai aku pergi dan masih teringat kenangan di sekolah ini.


KITA HENDAKLAH BERSYUKUR PADA YANG KITA DAPAT  DAN REDHA DENGAN KETENTUAN DARI ILLAHI , ADA HIKMAH DISEBALIKNYA ,  CIKGU ADALAH SEBAGAI IBU KEDUA KITA KERANA DIA LAH MENDIDIK KITA SELAIN IBU KITA , BELAJARLAH BERSUNGGUH-2 AGAR MENDAPAT KEJAYAAN PADA MASA DEPAN , USAHA TANGGA KEJAYAAN  , HORMATILAH CIKGU KITA YANG TELAH MENGAJAR KITA , WALAUPUN CIKGU ITU GARANG TAPI DIALAH INGIN KITA BERJAYA PADA SUATU HARI , INGAT JASA SEORANG CIKGU ,  JANGANLAH KITA LUPA KEPADA CIKGU YANG PERNAH MENDIDIK KITA DAN MENJAYAKAN HIDUP KITA  , JANGANLAH BERCINTA DIWAKTU SEKOLAH KERANA DIIBARATKAN CINTA MONYET , CARILAH KAWAN ATAU SAHABAT SAHAJA DISEKOLAH , HARIMAU PERGI TINGGALKAN BELANG , MANUSIA YANG PERGI TINGGALKAN NAMA .