Monday, 30 December 2013

Istikharah Sebagai Petunjuk

Istikharah Sebagai Pentunjuk


Justeru , sebelum melakukan sesuatu perkara dan agar tidak menyesal di kemudian hari , kita disarankan untuk melakukan istikharah. Solat istikharah adalah termasuk dalam usaha kita untuk meminta petunjuk daripada ALLAH SWT.

   Melaluinya , mudah-mudahan keputusan yang bakal dilakukan adalah keputusan terbaik yang telah ALLAH SWT tetapkan. Bahkan , melaluinya juga , kita berharap agar ALLAH  memandu kita ke jalan lurus tanpa penyesalan di kemudian hari.

  Beristikharahlah meminta panduan dan petunjuk daripada ALLAH SWT. Sebagai manusia yang serba kekurangan dan serba lemah , maka tempat pengantungan kita adalah kepada-NYA sermata-mata dan bukan kepada makhluk.

  Oleh itu , sebagai manusia yang lemah , kita tidak pernah mengetahui apakah yang akan berlaku di kemudian hari. Maka , sudah pasti kita tidak mahu menyesal kelak. Percayalah , apabila ALLAH yang mengatur dan memilih untuk kita , yakinlah bahawa ia bakal membawa kebaikan berpanjangan.

  Apabila ALLAH yang memandu jalan kita , pasti sesuatau yang ditetapkan itu adalah yang terhebat . Jika kita yang menguruskannya sendiri , belum tentu apa yang dilakukan itu adalah tepat.


  Namun , sekiranya ALLAH yang menguruskan urusan kita , apa yang orang sangka buruk , ALLAH akan berikan kebaikan kepadanya. Apa yang orang sangka rugi , ALLAH akan berikan kejayaan mengikut jalan-NYA. Apa yang orang sangka tewas , orang akan diberikan kemenangan dengan jalan yang tidak disangka-sangka.

Wednesday, 18 December 2013

Jauhi Perkara Yang Membawa Penyesalan

Jauhi Pekara Yang Membawa Penyesalan


Imam Al-Ghazali sering menukilkan kata-kata hebat kita sebagai panduan kehidupan. Antara mutiara nasihat terhebat yang dapat diambil ialah , tidak melakukan perkara yang kelak menjadi penyesalan di kemudian hari.

  Ada orang , sebenarnya hidup dan kedudukannya telah berada di kemuncak. Malah , berada di tempat yang baik dan sesuai dengan dirinya. Namun , sayang seribu kali sayang. Ketika berada di kedudukan sebaik itu , mereka melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan penyesalan di akhirnya.

  Maka , disebabkan itu kita digalakkan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang perkara. Berfikir dan menilai dengan mendalam sebenarnya , dapat memberi ruang kepada kita untuk membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu perkara dan tindakan.

  Berfikir dengan baik dapat mengelakkan diri daripada bersikap gopoh-gapah dan membantu untuk membuat tindakan dengan tepat. Sedangkan sifat terburu-buru itu hanya mendatangkan keburukan dan penyesalan.

  Contohnya , apabila seorang yang bersikap gopoh-gapah mempunyai wang yang banyak , pasti dia akan membelanjakannya ke arah tujuan kurang jelas. Sedangkan bagi orang berfikir , sudah pasti mereka akan melakukan sesuatu perkara yang tidak mengundang penyesalan di kemudian hari. Sama ada berjimat cermat atau melabur dengan cara terbaik , itu terpulang kepada mereka. Namun , pokok pangkalnya mereka tidak akan menyesal dengan apa yang dilakukan.


  Bagaimanapu , apa yang dikesalkan hari ini , apabila ramai yang melakukan perkara yang mendatangkan kesan buruk di akhirnya. Baik ibu bapa , anak-anak atau sesiapa sahaja , ramai yang telah tersalah langkah sehingga melakukan perkara di luar jangkaan sebagai manusia beriman dan berakal.