Jauhi Pekara Yang Membawa Penyesalan
Imam
Al-Ghazali sering menukilkan kata-kata hebat kita sebagai panduan kehidupan.
Antara mutiara nasihat terhebat yang dapat diambil ialah , tidak melakukan
perkara yang kelak menjadi penyesalan di kemudian hari.
Ada orang , sebenarnya hidup dan kedudukannya
telah berada di kemuncak. Malah , berada di tempat yang baik dan sesuai dengan
dirinya. Namun , sayang seribu kali sayang. Ketika berada di kedudukan sebaik
itu , mereka melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan penyesalan di akhirnya.
Maka , disebabkan itu kita digalakkan
berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang perkara. Berfikir dan menilai dengan
mendalam sebenarnya , dapat memberi ruang kepada kita untuk membuat keputusan
yang tepat dalam sesuatu perkara dan tindakan.
Berfikir dengan baik dapat mengelakkan diri
daripada bersikap gopoh-gapah dan membantu untuk membuat tindakan dengan tepat.
Sedangkan sifat terburu-buru itu hanya mendatangkan keburukan dan penyesalan.
Contohnya , apabila seorang yang bersikap
gopoh-gapah mempunyai wang yang banyak , pasti dia akan membelanjakannya ke
arah tujuan kurang jelas. Sedangkan bagi orang berfikir , sudah pasti mereka
akan melakukan sesuatu perkara yang tidak mengundang penyesalan di kemudian
hari. Sama ada berjimat cermat atau melabur dengan cara terbaik , itu terpulang
kepada mereka. Namun , pokok pangkalnya mereka tidak akan menyesal dengan apa
yang dilakukan.
Bagaimanapu , apa yang dikesalkan hari ini ,
apabila ramai yang melakukan perkara yang mendatangkan kesan buruk di akhirnya.
Baik ibu bapa , anak-anak atau sesiapa sahaja , ramai yang telah tersalah
langkah sehingga melakukan perkara di luar jangkaan sebagai manusia beriman dan
berakal.
No comments:
Post a Comment