Tuesday, 28 January 2014

Bersahabatlah Usah Bermusuhan

Bersahabatlah Usah Bermusuhan


Salah satu kekuatan yang perlu dipertingkatkan dalam pembinaan jati diri umat adalah melalui persaudaraan. Ya , persaudaraan yang tulen dan seharusnya menatijahkan kekuatan umat bermula daripada peringkat bawah lagi. Ibarat membina sebuah bangunan yang kukuh , ia memerlukan pelbagai struktur untuk saling memperkuatkan. Pembinaan masyarakat , ia memerlukan kepada pergantungan kepada sesama kita.

Kekuatan seperti ini hanya akan hadir apabila kita mesra dengan orang lain. Rahsia kejayaan bagi setiap individu walau dalam apa jua bidang adalah dengan memperbanyakkan jaringan persahabatan. Janganlah sesekali kita mengutuk dan mengecam orang lain tidak tentu pasal. Jauhi daripada besikap riyak , takbbur , sombong dan angkuh. Jika ini berlaku , bimbang kita tidak diterima sebagai sahabat. Malah matlamat untuk meluaskan ukhuwah tidak akan tercapai.

Sentiasa Bermesra
Antara amalan yang baik ialah dengan memberikan salam kepada ramai orang , tidak kira muda ke tua. Mengamalkan perbuatan mulia ini , dapat membina  jaringan persahabatan yang luas.

Inilah kekuatan kita iaitu kekuatan bermasyarakat. Sebab itu agama mengajar kepada kita jika melakukan korban , golongan yang paling afdal untuk diagihkan adalah di sekitar masyarakat sekeliling. Ia adalah lambing kekuatan ukhuwah yang dianjurkan dalam agama.

Kekuatan ukhuwah dalam persaudaraan yang ada ini akhirnya akan dapat memupuk kekuatan jihad dalam kalangan masyarakat. Begitulah hendaknya yang ingin kita lihat berlaku dalam kalangan anak muda. Anak-anak muda yang disantuni dengan baik dan diberikan semangat jihad akan menghasilkan kesan yang hebat.

Jauhi Rasa Takut
Jangan jadi sebaliknya apabila ada orang yang menakut-nakutkan anak muda kepada perkara yang bukan-bukan. Mereka tidak dididik untuk takutkan ALLAH , hari kiamat , azab di dalam kubur dan sebagainya.

Akhirnya , apabila fenomena ini berlaku , mereka akan jadi manusia yang tidak peka kepada agama. Solat tidak diambil berat , puasa tidak dilaksanakan , zakat diabaikan , akhlak tidak dibangunkan , malah gejala sosial pula dianggap sebagai sesuatu yang biasa. Malu jauh sekali.

Inilah tandanya orang yang tidak takut mati. Apa yang ditakutinya hanyalah cukai jalan yang mati. Mereka takut melanggar lampuh merah , tetapi tidak takut untuk melanggar arahan ALLAH SWT.
Apabila semangat jihad tidak ada , maka akan lahirlah golongan masyarakat yang lemah untuk menolong agama ALLAH SWT. Malah tidak keterlaluan sehingga ada yang takut untuk menghulurkan sedekah kerana bimbang akan muflis. Begitulah lemahnya jihad dalam diri mereka. Sedangkan mereka tidak tahu , setiap ringgit yang dikeluarkan akan mendapat balasan di sisi ALLAH.

Malah kita tidak tahu apakah pula balasan yang akan ALLAH berikan kelak. Ingatlah , apabila kita memudahkan urusan orang lain , ALLAH akan memudahkan pula urusan kita.

Jika tidak di dunia , di alam kubur dan akhirat itulah yang lebih utama. Kenapa apa? Tidak lain dan bukan , di alam kubur kelak , tiada cahaya yang mampu menerangi kita kecuali amalan-amalan yang diredhai ALLAH termasuklah memudahkan urusan orang lain menerusi sedekah.

Justeru , jagalah hubungan dengan semua makhluk kerana hal itulah yang menjadi punca untuk ALLAH kasih dan cinta kepada kita. Waima seseorang itu bukan Islam sekalipun , berbuat baiklah. Tunjukkan akhlak mulia kepada mereka agar mereka sedar bahawa Islam itu indah dan selamat.

“Ya ALLAH bersihkan hatiku ini
Agar aku dapat menerima segala ketetapan-MU
Ya , ALLAH Ya Rahman
Aku hamba yang serba kekurangan
Maka hadirkan seorang teman
Sebagai pelengkap kepada kekuranganku

Ya ALLAH
Hadirkan di hati ini
Dengan rasa manisnya berukhuwah

Agar adanya syurga buatku dan dia kelak”

Sunday, 19 January 2014

Larangan Menyesali Takdir ALLAH SWT

Larangan Menyesali Takdir Allah SWT

ALLAH SWT melarang menyebut perkataan ‘kalau’ sekiranya terjadi perkara yang tidak disukai. Ia ditegah dan dilarang sama sekali. Bahkan , ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan sekalipun kepada kita.

  Walaupun begitu , masih ada orang meratapi sesuatu musibah dengan menyesali terhadap kejadian-kejadian yang berlaku kepadanya. Misalnya , ada suami yang menyesal berkahwin dengan isterinya dan sebaliknya. Ketika itu , pasti ada yang berkata “Kalaulah….”. Perbuatan ini amat ditegah , kerana seolah-olah kita menyesali takdir yang ditetapkan ALLAH SWT.

  Orang seperti ini dipanggil sebagai golongan yang meratapi nasib. Baginya , ada sahaja perkara yang tidak kena dan tidak disenangi. Maka , sikap orang seperti ini , akhirnya tidak akan membawa dirinya ke mana-mana. Dia tidak akan berjaya , bahkan mudah untuk menempuh kegagalan.


  Sebaliknya , berbeza dengan orang tidak suka mengeluh terhadap sesuatu musibah yang menimpa dirinya. Setiap musibah atau kejadian buruk yang berlaku kepadanya akan dijadikan sebagai pengajaran. Malah , mereka akan sentiasa bersikap positif dengan mengangap apa yang berlaku memberikan nilai tambah kepada dirinya.

Friday, 10 January 2014

Berangkat Terus Menjadi Kekasih

Berangkat Terus Menjadi Kekasih


Assalammualaikum dan selamat sejahtera , harap orang yang baca blogger aku ini sihat sejahtera J banyakkan berdoa agar dipanjang umur dan dipermurahkan rezeki korang , Alhamdulilah aku sekarang ini sihat sejahtera walaupun kaki aku ini belum sembuh lagi , insha Allah akan sembuhlah kaki aku ini #Amin , hmm pasal cerita ini kan aku buat yang pernah wujud dalam hidup aku ini , bosan duduk je kat dalam rumah lebih baik aku mengisikan masa lapang aku dengan semua ini.

   Dalam dunia ini kita mudah berangkat sesiapa pun tak kiralah lelaki ke perempuan , bagi taste lelaki di suka cari kakak atau adik angkat perempuan kalau nak cari abang ankat ada ah sedikit , tu taste lelaki kalau taste perempuan dia lebih gemar cari adik atau kakak angkat perempuan  , perempuan kurang ah nak cari abang angkat kerana dia takut , abang/akak dan adik angkat ini bagi aku sikit ah penting  dalam hidup aku kerana diaorang boleh bantu aku dari belakang dan sebagai teman hidup aku selain keluarga aku.
 
   Pada mulanya aku tak terfikir dan tak tahu berangkat itu apa , last minit time aku sekolah menengah tingkatan 3 baru aku tahu erti berangkat  , aku tengok kawan aku ramai dia ada adik/abang/akak angkat diaorang , aku tengok time kawan aku susah adik/abang/akak berangkat dia lah yang menolong dia , aku pada mula tu ah teringin nak cari adik angkat kat sekolah , hmm kalau aku ada rezeki dapat ah aku adik angkat , jenis aku kalau nak cari adik angkat mesti tengok dia dulu , kalau dia bersikap baik baru lah boleh aku anggapkan dia adik angkat .

    Time tingkatan 4 aku otw pergi kantin time rehat ah , aku terserampak dengan seorang budak perempuan ini , sebelum ini aku tak pernah nampak dia langsung kat sekolah , masa aku nampak dia sedang berjalan dengan budak kelas aku ,masa diaorang tengah berjalan berdua aku kacau diaorang sedang berbual dan sampai aku pandang budak tu paisehh hahaha , sampai kat kelas je aku tanya kat kawan aku then cakap “tadi kau jalan dengan siapa dan siapa budak tu , sebelum ini aku tak pernah nampak pun then kawan aku cakap dia budak baru masuk sekolah ini dalam beberapa bulan je , owhh” aku dalam hati nak je jadikan dia adik angkat aku kat sekolah , aku mula-2 suruh kawan aku minta nombor budak tu , tak berapa hari tu dia bagi nombor dia kat kawan aku , akhirnya dapat nombor budak tu.

   Apabila dah dapat nombor dia aku terus mesej dia dan tanya dia kau budak baru ke then dia balas dia budak baru , aku pun balas owhhhh , aku pada masa tu berkenalan diri aku dan diri pun sama berkenalan diri dia , pada  masa tu mesej panggil aku dan kau je , dah lama kemudian dia panggil aku abang then aku panggil lah dia adik , maklumlah dia tahu panggilan apa yang sesuai untuk dipanggil , tup-2 dah lama saling berkenalan antara satu sama lain aku terus anggap dia adik angkat aku dan cakap dengan dia aku nak jadi dia adik angkat boleh tak then dia cakap boleh , alhamdulilah akhirnya dapat ah aku adik angkat , dia lah orang yang pertama aku jadikan dia adik angkat , sebelum ini aku tak pernah ada sesiapa adik angkat aku mahunpun abang/akak angkat.

    Dengan adanya adik angkat di sekolah mudah la aku di sekolah kerana ada orang boleh membantu aku selain adik kandung aku di sekolah , aku apabila susah dia selalu ada membantu tak kira apa sahaja , sampai ramai kawan aku dan cikgu tahu yang ada adik angkat , hahaha , pada masa tu aku pandai membahagikan masa aku belajar dan masa dengan adik angkat , pada masa tu aku selalu tolong dia mengajar dalam subjek Math yang dia kurang faham subjek tu dan subjek lain ada aku mengajar dia , maklum lah aku subjek Math aku minat , dia juga telah banyak bantu aku dan beri aku sebarang ilmu agama maklumlah dia sebelum pindah ke sekolah aku dia sekolah agama , itu yang aku tahu ah , dia banyak mengubah cara hidup aku dalam segi keagamaan. #Alhamdulilah

     Setelah lama berangkat aku terperanjat hubungan aku dengan adik angkat aku ini jadi hubungan percintaan , hmm entah dah jodoh aku dengan adik angkat aku kot atau cinta aku dengan dia , pada masa tu aku dan adik angkat aku dalam keadaan single avaible , tup-2 dari berangkat terus percintaan ,hubungan percintaan berbelah antara dua/putus , aku dengan dia tak lama bercinta , aku tahu bercinta pada zaman sekolah itu cinta monyet kalau lah dia betul cinta hati aku ada jodoh ada ah , setelah putus masa cinta monyet itu habis sekolah je aku dengan dia owhkay ada bertegur siapa , tak ah sampai jumpa je tak tegur siapa , aku anggapkan dia adik ah atau kawan ah dan aku anggapkan dia saudara ISLAM aku , aku redha dengan apa yang terjadi dan ada hikmah disebaliknya.

AKU BERSYUKUR KEPADA TUHAN DAPAT ADIK ANGKAT SEPERTI DIA , ADIK-2 ANGKAT JUGA JANJI AKU TAK LUPA KEPADA ADIK KANDUNG AKU , AKU MINTA MAAF KALAU ADA BUAT KESALAHAN TERHADAP KAU SELAMA KITA BERANGKAT DAN BERTERIMA KASIH SEMUA INI , AKU BERHARAP KAU PANDAI  GUNAKAN ILMU YANG AKU PERNAH BERI KAT  KAU , KALAU ADA JODOH KITA BERJUMPA LAH LAGI , SEMOGA KAU BERBAHAGIA SELALU DENGAN HIDUP BARU KAU.