Saturday, 31 May 2014

Cita-cita Aku Hancur Tapi Aku Redha

Cita-cita Aku Hancur Tapi Aku Redha


Assalammualaikum dan selamat sejahtera , hari nie aku terbayang dalam fikiran aku ingin mencerita kisah aku pasal “Cita-cita Aku Hancur Tapi Aku Redha” , aku amat sedih sangat nak cerita kisah ini ,tapi takpe aku steady peace yooo J semua orang ada cita-2 tersendiri sejak kecil lagi kan , bila time sekolah rendah mesti cikgu ada tanya setiap pelajar apa yang cita-2 korang pada masa depan dan apa yang korang ingin kerja setelah habis belajar/sekolah , cita-2 yang korang inginkan mesti akan tercapai dengan usaha keras korang sejak kecil sampai mendapat kerja yang korang inginkan , tapi bagi aku cita-2 aku sejak kecil ingin menjadi “Tentera” hanya tinggal bayangan sahaja. Hmm L
      Cita-2 aku ingin menjadi seorang tentera sebab apa aku terikut hendak jadi macam 3 orang keluarga aku belah mak aku iaitu Arwah PakLang ,  sedih aku arwah baru je pencen sudah pergi , Allah lebih sayang kepada arwah , aku memang terpengaruh gila dengan cara kerja arwah sebagai tentera sampai aku pernah ikut arwah pergi kem tentera dan tengok kehidupan seorang tentera , perhhhh , MakLang aku isteri arwah PakLang aku , LakiBini kerja sebagai tentera , MakLang lak kerja sebagai Nurse tapi pangkat besar dan lagi 1/2 je nak pencen , aku tengok cara MakLang aku kerja pun memang boleh tahan dan menarik , dan sorang lagi PakCikIs aku seorang tentera kerja dalam office , office bukan sebarang office tapi dia lah Sarjen atau Cikgu kawad budak bawah , tengok muka dia macam owhkay tak nampak garang tapi time dia ajar kawad lain wajah muka dia , tapi yang aku tahu dia tak garang sangat just tegas dalam membuat sesuatu tugas.
     Pada waktu sekolah tingkatan 4 aku ingin masuk untuk belajar di sekolah tentera di Port Dickson , yang aku tahu dari pakcik aku ada cerita kat aku kalau dapat belajar kat situ selama 2 tahun , habis sekolah je boleh kerja tentera , perhhh aku rasa bersyukur kerana kalau dapat masuk kat sini dan sampai lah cita-2 aku sejak kecil , sebelum pergi  interview kat sana aku dah standby semua dalam seminggu , aku pergi kat sana dengan bantuan PakcikIs  maklumlah dia tentera kat satu , dia cakap memang dekat gila quates dia dengan sekolah tu , jaraknya dalam lebih kurang tak sampai sekilo , perhhh memang dekat gila ahh , aku dalam berapa hari tidur kat rumah quastes tentera dia , sambil tunggu beberapa hari nak pergi interview aku dan anak dia pergi merayau kat situ dan tengok suasana tempat tentera , perhhhh sumpah aku memang impi suatu hari nanti aku capai cita-2 aku.
       Time aku dengan pakcik aku pergi untuk interview tengok kat situ perhh terkejut aku jumlah budak yang datang begitu ramai sekali dalam 1000 lebih , yang aku tahu dia hanya pilih dalam 200/300 orang je , hmmm , masa interview untuk melihat result PMR tu , dia tengok result aku then cakap “Dik semua owhkay cuma satu je dik tak dapat iaitu result PMR yang subjek Sains adik “D”, ini bermakna dik tak dapat kerana result PMR tidak tak capai apa kitaorang inginkan” hmmmmm aku pada masa tu ah amat sedih gila dan pasrah , aku ada cakap dengan pakcik aku kalau dia boleh tolong aku masukkan sebab dia/member ada orang dalam , tapi pakcik aku cakap “takpe Abang redha ah , ada hikmahnya kalau tak dapat , abang jangan risau kalau abang tak dapat kat sini nanti abang habis sekolah boleh mohon untuk masuk tentera , jangan risau dengan semua tu janji abang belajar bersungguh-2 dan menjadi tentera yang pangkat yang besar” aku masih ingat pakcik aku pesan.
                Aku redha dengan semua tu  , aku balik sekolah je ramai budak yang tanya aku “Syahir , kau dapat masuk sekolah tentera tu? ”  aku pun cakap dengan pasrah “tak dapat ah kawan sebab subjek Sains “D” , ramai kawan aku bagi semangat kat aku supaya redha dengan semua tu dan terus perjuangan kau dan belajar bersungguh-2 nanti dapat ah cita-2 yang impikan , yang aku paling menyirap ada sorang dua yang cakap aku macam nie “hahaha tu la kau nak sangat jadi askar , ambil kau tak dapat” dia cakap sambil gelak , memang kurang asam diaorang nie , tapi takpe aku redha , ada sebilangan cikgu aku memberi bersemangat agar aku meneruskan hidup , aku sejak tak dapat masuk tu , start tingkatan 4 hingga tingkatan 5 memang belajar bersungguh-2 untuk mencapai cita-2 aku , Alhamdulilah habis sekolah je aku dapat result SPM yang memuaskan dan bagi aku ada jalan yang mudah untuk aku mohon jadi tentera atau belajar di UPNM.   
      Setelah aku memohon di UPNM , tunggu-2 surat tawaran darinya akhir aku tak dapat , hmm tapi takpe aku ada jalan lain iaitu tunggu tawaran masuk tentera yang biasanya keluar kat surat khabar , aku rasa memang lambat dia keluarkan tawaran tu , tapi takpe aku bersabar , hmmm , aku amat sedih sekali dalam menunggu semua tu aku terbabit dalam kemalangan besar di jalanraya time aku belajar lepasan SPM di GiatMara , aku terbabit kemalangan besar semasa hendak pergi ke tempat belajar , tempat belajar aku amat jauh sekali dalam 3xkm , otw pergi tempat belajar aku excident di langgar oleh lori simen , hmmm memang tu salah dia kerana makan jalan aku dan langgar depan-2 , hmm habis aku hancur semua impian aku ingin menjadi tentera kerana kaki dan tangan aku patah.
     Syarat pemilihan tentera yang aku tahu ialah anggota badan sihat seperti anggota badan tidak pernah patah , retak dan sebagainya , hmmm aku nak buat macam , aku dah tahu aku memang tak layak ah menjadi tentera kerana anggota badan aku pernah patah , huh , redha je , semua pakcik dan makcik aku askar cakap aku memang aku takde harapan ah nak jadi tentera , tapi mereka cakap “Syahir ada hikmah kalau sudah jadi macam nie” , impian aku sekian lama sudah menjadi bubur , hmmm tapi takpe aku REDHA ah , ada kerja lain yang boleh cari , aku tak give up aku mesti cari kerja lain atau cari kerja yang sesuai untuk aku Insha Allah.
KITA YANG MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN , REDHA LA APA YANG TERJADI , DENGAN KEREDHAAN ADA HIKMAH SEBALIKNYA , BERDOALAH HARAP KITA DAPAT KERJA YANG HALAL DAN BAIK , KITA JANGANLAH BERPUTUS ASA KALAU TIDAK DAPAT SESUATU YANG KITA INGINKAN , KITA HENDAKLAH YAKIN PADA DIRI KITA DENGAN KEBOLEHAN YANG KITA ADA , INGIN BERJAYA PADA MASA DEPAN HENDAKLAH KITA BERMULA BERUSAHA PADA MASA KECIL LAGI .


            

Sunday, 25 May 2014

Beruntung Mendapat Ibu Kedua Di Dunia Ini

Beruntung Mendapat Ibu Kedua Di Dunia Ini

Assalammualaikum dan selamat sejahtera yooo J , Alhamdulilah nyawa masih boleh bernafas di dunia ini , bersyukur pada Tuhan kerana dipanjangkan umur aku dan kalian yang sedang membaca ini , hari tak ku duga untuk menceritakan kisah ini , kisah ini aku ceritakan memang realiti dan fakta nottt awwtaww J di mana kenangan ini semua membawa aku teringat sampai hari ini , aku just nak ceritakan kisah tentang Ibu kedua aku dalam kehidupan aku , dalam hidup seseorang mesti ada ibu kedua yang kita anggapkan , dalam hidup aku pun aku ada Ibu kedua selain Ibu kandung aku sendiri.

     Esah Embi dialah Ibu kedua aku di dunia ini , dia Atok aku belah keluarga mak aku , dia dilahirkan pada tahun 1942 , semua keluarga aku panggil dia Atok , ramai orang aggapkan Atok itu panggilan bagi lelaki tapi belah keluarga lain , panggilan Atok aku perempuan bukan lelaki , kalau lelaki lain keluarga aku panggil , itu semua perbezaan panggilan keluarga aku dengan keluarga sesiapa , Atok aku ini keturunan anak Felda kerana keluarga Atok aku semuanya orang Felda termasuklah aku anak cucu Felda , ramai orang tak tahu aku keturunan apa , sekarang Atok aku duduk di kampung Kelubi tanah pusaka keluarga suami.

    Sebab Atok aku ibu kedua aku kerana aku sejak kecil lagi duduk rumah Atok aku , sejak aku darjah 3 kot sampai lah sekarang aku tinggal bersama dengan  dia , time aku kecil Atok aku banyak mengajar aku erti kehidupan , aku bersama 3 tiga beradik aku iaitu Syahirah , Aku dan Syazwan lah tinggal bersama Atok dan Odang aku sejak kecil lagi , Atok aku lah dulunya popular dengan perniagaan di depan sekolah SIS , orang dulu memang ramai datang ke kedai Atok untuk makan dan minum kerana orang lama anggapkan makanan Atok aku sedap tak terkata , itu semua ramai orang dah kata macam tu dan sampai Atok aku ada ceritakan semuanya kat aku.
    Dulu aku masih kecil duduk bersama dengan mereka aku asyik menolong Atok aku meniaga di kedai , pagi-2 buta sebelum Subuh aku dan Atok aku keluar rumah terus pergi ke kedai dengan membawa bahan makanan di rumah macam kuih karipap satu dulang , pisang tandan dan sebagainya , jarak kedai dengan rumah je dalam 100m ,aku masih ingat lagi kenangan masa kecil hidup bersama dengan mereka , Atok aku nie banyak ilmu dalam bidang memasak , biasalah dah lama ambil pengalaman di kedai.

   Pada zaman sekarang lak dia banyak menolong aku contohnya memberi aku duit harian macam aku ingin membeli sesuatu yang aku inginkan ,pada zaman sekolah Atok aku la yang memberikan duit sekolah kepada aku , Atok aku bagi aku duit bukan saja-2 je kerana aku banyak membantu time dia memerlukan pertolongan aku contohnya kemas rumah di luar,membeli barang rumah,cat rumah time raya,buat kuih dan banyak lagi pertolongan aku kepada Atok aku , time aku masih kecil la dia membawa aku ke kebun untuk tunjuk ajar kepada aku untuk membiasakan aku kerja dirumah mahupun dikampung.

    Selain itu , Atok aku menceritakan kisah dia pada zaman dulu , aku dengar penceritaan dari dia pun sedih ah , selain cerita itu dia juga mengajar aku cara orang dulu hidup sambil itu dia mengajar aku fungsi,kelebihan,kelamahan barang-2 lama , barang-2 lama masih ada sampai sekarang di rumah Atok aku , aku pun dah dapat ilmu pengetahuan dari dia ,Atok aku selalu menasihat aku benda yang buruk kepada benda yang baik , apa yang aku buat sesuatu perkara yang buruk pasti Atok beri nasihat kepada aku , Atok aku ini memang banyak mengubahkan kehidupan aku daripada buruk kepada yang baik dan mendidik aku dari segi keagamaan #Alhamdulilah , sifat Atok aku nie seorang yang  ambil berat tentang keluarga,pemurah,jimat cermat,kasih sayang terhadap keluarganya,pandai berfikir dahulu sebelum bertindak,cuba sedaya upaya membuat sesuatu perkara,rajin tak terkata dan banyak lagi ah , orang yang kenal  Atok aku je yang tahu sifat dan perangai dia macam mana , kalau sesiapa yang mula tak tahu dia macam mana last-2 minit baru lah dia tahu sifat dan perangai Atok aku , #belumkenalbelumtahu


AKU BERSYUKUR KEPADA TUHAN KERANA AKU DAPAT ILMU PENGATAHUAN DARI ATOK AKU , ATOK AKU LAH DIIBARATKAN IBU KEDUA AKU KERANA BANYAK TUNJUK AJAR DIA KEPADA AKU SEJAK AKU KECIL LAGI SAMPAI LAH SEKARANG , YA ALLAH ENGKAU PANJANGKAN UMUR ATOK AKU INI , TERLALU BANYAK JASA ATOK AKU TERHADAP AKU , AKU BERHARAP KENANGAN AKU MASA KECIL TAK AKAN LUPAKAN SAMPAI BILA-2 , SUSAH  SENANG AKU BERSAMA DENGAN DIA , DAN SUKA GEMBIRA BERSAMA DENGAN MEREKA , AKU MEMANG ADA MAKBAPAK KANDUNG TAPI AKU SEJAK KECIL DUDUK BERSAMA ATOK DAN ODANG AKU , DUDUK BERSAMA MEREKA TETAPI TAKDE AH SAMPAI AKU MELUPAKAN MAKBAPAK KANDUNG AKU DI RUMAHNYA.