Beruntung Mendapat Ibu Kedua Di Dunia Ini
Assalammualaikum
dan selamat sejahtera yooo J , Alhamdulilah nyawa masih boleh
bernafas di dunia ini , bersyukur pada Tuhan kerana dipanjangkan umur aku dan
kalian yang sedang membaca ini , hari tak ku duga untuk menceritakan kisah ini
, kisah ini aku ceritakan memang realiti dan fakta nottt awwtaww J di mana kenangan ini semua membawa
aku teringat sampai hari ini , aku just nak ceritakan kisah tentang Ibu kedua
aku dalam kehidupan aku , dalam hidup seseorang mesti ada ibu kedua yang kita
anggapkan , dalam hidup aku pun aku ada Ibu kedua selain Ibu kandung aku
sendiri.
Esah Embi dialah Ibu kedua aku di dunia
ini , dia Atok aku belah keluarga mak aku , dia dilahirkan pada tahun 1942 ,
semua keluarga aku panggil dia Atok , ramai orang aggapkan Atok itu panggilan
bagi lelaki tapi belah keluarga lain , panggilan Atok aku perempuan bukan
lelaki , kalau lelaki lain keluarga aku panggil , itu semua perbezaan panggilan
keluarga aku dengan keluarga sesiapa , Atok aku ini keturunan anak Felda kerana
keluarga Atok aku semuanya orang Felda termasuklah aku anak cucu Felda , ramai
orang tak tahu aku keturunan apa , sekarang Atok aku duduk di kampung Kelubi
tanah pusaka keluarga suami.
Sebab Atok aku ibu kedua aku kerana aku
sejak kecil lagi duduk rumah Atok aku , sejak aku darjah 3 kot sampai lah
sekarang aku tinggal bersama dengan dia
, time aku kecil Atok aku banyak mengajar aku erti kehidupan , aku bersama 3
tiga beradik aku iaitu Syahirah , Aku dan Syazwan lah tinggal bersama Atok dan
Odang aku sejak kecil lagi , Atok aku lah dulunya popular dengan perniagaan di
depan sekolah SIS , orang dulu memang ramai datang ke kedai Atok untuk makan
dan minum kerana orang lama anggapkan makanan Atok aku sedap tak terkata , itu
semua ramai orang dah kata macam tu dan sampai Atok aku ada ceritakan semuanya
kat aku.
Dulu aku masih kecil duduk bersama dengan
mereka aku asyik menolong Atok aku meniaga di kedai , pagi-2 buta sebelum Subuh
aku dan Atok aku keluar rumah terus pergi ke kedai dengan membawa bahan makanan
di rumah macam kuih karipap satu dulang , pisang tandan dan sebagainya , jarak
kedai dengan rumah je dalam 100m ,aku masih ingat lagi kenangan masa kecil
hidup bersama dengan mereka , Atok aku nie banyak ilmu dalam bidang memasak ,
biasalah dah lama ambil pengalaman di kedai.
Pada zaman sekarang lak dia banyak menolong
aku contohnya memberi aku duit harian macam aku ingin membeli sesuatu yang aku
inginkan ,pada zaman sekolah Atok aku la yang memberikan duit sekolah kepada
aku , Atok aku bagi aku duit bukan saja-2 je kerana aku banyak membantu time dia
memerlukan pertolongan aku contohnya kemas rumah di luar,membeli barang rumah,cat
rumah time raya,buat kuih dan banyak lagi pertolongan aku kepada Atok aku ,
time aku masih kecil la dia membawa aku ke kebun untuk tunjuk ajar kepada aku
untuk membiasakan aku kerja dirumah mahupun dikampung.
Selain itu , Atok aku menceritakan kisah
dia pada zaman dulu , aku dengar penceritaan dari dia pun sedih ah , selain
cerita itu dia juga mengajar aku cara orang dulu hidup sambil itu dia mengajar
aku fungsi,kelebihan,kelamahan barang-2 lama , barang-2 lama masih ada sampai
sekarang di rumah Atok aku , aku pun dah dapat ilmu pengetahuan dari dia ,Atok
aku selalu menasihat aku benda yang buruk kepada benda yang baik , apa yang aku
buat sesuatu perkara yang buruk pasti Atok beri nasihat kepada aku , Atok aku
ini memang banyak mengubahkan kehidupan aku daripada buruk kepada yang baik dan
mendidik aku dari segi keagamaan #Alhamdulilah , sifat Atok aku nie seorang
yang ambil berat tentang
keluarga,pemurah,jimat cermat,kasih sayang terhadap keluarganya,pandai berfikir
dahulu sebelum bertindak,cuba sedaya upaya membuat sesuatu perkara,rajin tak
terkata dan banyak lagi ah , orang yang kenal Atok aku je yang tahu sifat dan perangai dia
macam mana , kalau sesiapa yang mula tak tahu dia macam mana last-2 minit baru
lah dia tahu sifat dan perangai Atok aku , #belumkenalbelumtahu
AKU
BERSYUKUR KEPADA TUHAN KERANA AKU DAPAT ILMU PENGATAHUAN DARI ATOK AKU , ATOK
AKU LAH DIIBARATKAN IBU KEDUA AKU KERANA BANYAK TUNJUK AJAR DIA KEPADA AKU
SEJAK AKU KECIL LAGI SAMPAI LAH SEKARANG , YA ALLAH ENGKAU PANJANGKAN UMUR ATOK
AKU INI , TERLALU BANYAK JASA ATOK AKU TERHADAP AKU , AKU BERHARAP KENANGAN AKU
MASA KECIL TAK AKAN LUPAKAN SAMPAI BILA-2 , SUSAH SENANG AKU BERSAMA DENGAN DIA , DAN SUKA
GEMBIRA BERSAMA DENGAN MEREKA , AKU MEMANG ADA MAKBAPAK KANDUNG TAPI AKU SEJAK
KECIL DUDUK BERSAMA ATOK DAN ODANG AKU , DUDUK BERSAMA MEREKA TETAPI TAKDE AH
SAMPAI AKU MELUPAKAN MAKBAPAK KANDUNG AKU DI RUMAHNYA.
No comments:
Post a Comment