Mencari Kerja Sampingan Lepasan SPM
Assalammualaikum wtb kepada korang yang mengunjung blog aku nie , bersyukur pada Tuhan dan bersyukur pada ibuku kerana melahirkan aku didunia yang suci dan indah sekali , jasa ibu aku tidak tahu nak balas apa hanya mampu sedekahkan doa kepadanya yang masih hidup di dunia ini dan tolong menolongnya ketika susah , aku juga bersyukur kepada ahli keluarga aku yang membantu aku ketika aku memerlukan pertolongan dari diaorang , hmmm sumpah aku tak akan lupa pertolongan mereka yang sanggup tolong aku dalam masalah/ujian yang berat bagi aku , dugaan berat bagi aku pada tahun ini 2014 kerana aku terbabit dalam kemalangan besar dijalan raya ketika aku sedang berkerja .
Aku
habis SPM je aku dan Sahabat aku (Yazeed,Syukri,Syafiq dan Afiq ) mencari kerja
sampingan lepas habis menjalini SPM aku dan Sahabat aku terus cari kerja
dimerata tempat dari Jasin ke Melaka , akhirnya aku dan Sahabat aku cuba mohon
bekerja di MCD Taman Buaya dan Alhamdulilah
akhirnya dapat kerja , aku kerja disana sebagai RIDER (PenghantarMakanan) , aku
berkerja disana pada mulanya di shif pagi dalam 3 bulan then aku tukar shif
malam kerana aku ingin mengambil pengalaman bekerja di waktu malam yang orang
sedangkan tidur lain sedang tidur.
Pengangkutan
aku bekerja modal agar besar maklum la ada motor besar iaitu 125zr yang ramai
orang minat menggunakannya termasuklah aku , aku give up menggunakan motor tu
untuk pergi kerja naik motosikal tu , akhirnya Atok aku bagi cadangan kepada
aku untuk beli motor second hand yang murah untuk kemudahan pergi ke kerja ,
Alhamdulilah akhirnya dapat juga motor baru aku mahupun second hand , bagi aku
second hand dan baru adalah sama bagi aku , aku nie jenis tak kesah dengan apa
yang aku dapat , dalam sebulan pakai motor baru aku terbabit kemalangan besar
ketika kerja di MCD.
Kerja
MCD dalam shif Rider memang jauh beza dengan shif di dalam restoran MCD ,
risiko dan kesabaran adalah antara sifat yang perlu ada di shif Rider sebab apa
setiap customer memang berbeza perangai adakala yang marah kepada Rider sebab
lambat , ada yang salah hantar order dan lain-lain , risiko yang memang penting
dalam Rider sebab apa kalau apa yang terjadi kita tanggung kesakitan tapi kita
pekerja dilindungi oleh PERKESO , kita tidak perlu risau kalau terbabit sesuatu
kejadian ditempat.
Ramai
orang yang mengata bahawa MCD tu Syarikat Yahudi , tapi aku tahu semuanya ,
orang yang kerja MCD tu bukan la nak bangkit ekonomi Yahudi , tapi macam saya
tiada tempat nak bekerja selain dapat peluang bekerja disitu , merata tempat
saya dan Sahabat saya cari tempat kerja akhir dapat kat situ , mula-2 kitarang
mohon pekerjaan di Hotel dekat Melaka , tunggu-2 lama akhirnya tidak dapat ,
kerja ah mana-2 asalkan duit yang kita kerja itu HALAL dan Berniat lah bekerja
kerana Allah Taala ,
No comments:
Post a Comment