Tuesday, 12 August 2014

Tragedi Di Tempat Kerja Semasa Penghantaran MCD

Tragedi Di Tempat Kerja Semasa Penghantaran MCD



Assalammualaikum wtb dan selamat sejahtera  , Allahu akbar ini pertama kali aku terbabit kemalangan besar ketika bekerja , aku bekerja di restoran MCD di Taman Buaya Melaka , kejadian ini berlaku semasa penghantaran order MCD kepada customer ,  aku kerja pun sebagai RIDER , maklum lah aku nie jenis suka merayau dengan motor , hehehe , biasa budak Lelaki kan , tapi beza lelaki lain , aku nie satu perangai pelik iaitu suka merayau dengan sesiapa saja , nak merayau satu Malaysia , kalau boleh satu Dunia J ingin mencari keindahan didunia ini.

              Ada kesah yang tak dapat aku lupakan sampai mati kerana aku terbabit dalam waktu 4.xx pagi ketika menghantar order customer , dah hantar then masa balik aku mengalami kemalangan sendirian kerana aku terlelap masa aku bawa motor , aku kerja time malam memang dah biasa aku terlelap time bawa motor , pada hari kemalangan tu aku sebelum pergi kerja aku tidak tidur sehari suntuk kerana mengikut Makcik dan Atok pergi Johor Bahru dalam urusan Makcik mengguruskan Bisness dia dan pergi makan kat sana , aku dalam kerja pergi dan balik dari Johor tu memang tak tidur langsung , inilah satu hari suntuk tak tidur then nak bekerja , balik dari Johor dalam pukul 8 malam , aku kerja jam 11 malam , hanya ada masa 3 jam je untuk aku berehat , 3 jam tu aku menyesal tak rehat kerana aku asyik bersuka didalam rumah .

             Disamping itu juga Atok aku ada cakap kat aku , Atok:kau kerja tak Syahir hari nie -  Aku:Hari nie abang kerja ah Atok , hmm aku ingat la semua tu , aku menyesal taknak cuti kerja masa tu sedangkan masa tu aku betul2 penat dan letih . aku mengalami kemalangan tu sampai aku koma 4 hari dan duduk dalam seminggu di Hospital Besar Melaka , aku cuma mengalami sedikit iaitu ……… hal orang yang rapat dengan aku yang tahu , paling penting Family aku tahu semuanya .    
            Aku bersyukur kepada Allah bagi  aku hidup kali kedua(Alhamdulilah) , Allah bagi dugaan yang amat besar bagi aku , aku hanya mampu redha dan terima ujian dariNya , yang aku tahu Allah bagi sesuatu ujian kepada hamba yang Dia sayang , dalam hidup aku tidak pernah aku terbabit dalam kemalangan besar ini , hanya kecil2 je , hmmm Allahuakbar.

           Aku berterima kasih sesiapa yang melawat aku di Hospital , Sahabat,Kawan,Cikgu,StaffMCD dan orang kenali aku berterima kasih kerana melawat aku , semoga Allah balaskan jasa mereka yang melawat dan aku pun tak tahu nak balas jasa mereka yang ziarahi di Hospital selama aku disana ,yang aku tahu semasa aku didalam ICU Atok dan Akak aku yang urusan aku termasuklah keluarga aku , Alhamdulilah Atok dan Akak aku telah ceritakan pada aku semua cerita ketika aku didalam ICU , balik dari Hospital Atok aku yang ceritakan sedikit demi sedikit kisah aku di dalam ICU , maklumlah Atok aku ceritakan kat aku kerana aku ingin tahu dan aku sejak kecil tinggal bersama Atok , tiga orang adik beradik aku tinggal di rumah Atok aku yang lain adik beradik aku tinggal bersama makbapa aku , suka dan duka kehidupan aku berkongsi bersama Atok dan arwah Odang aku , berterima kasih kepada sesiapa yang doakan kebaikan aku , harap Allah membalas jasa mu . Amin

BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MEMBERIKAN HIDUP KALI KEDUA , KITA HENDAKLAH BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK SESUATU PERKARA , KITA JANGANLAH MENYESAL DIHARI KELAK , REDHA LA DENGAN UJIAN DARI-NYA , ALLAH BAGI UJIAN KEPADA HAMBA-NYA YANG LAYAK DAN HAMBA-NYA MAMPU  MENERIMA UJIAN DARI-NYA , KITA SEBAGAI HAMBA-NYA KITA 

No comments:

Post a Comment