Fadilat Dan Keistimewaan Bersedekah
1.
Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk
“Sesungguhnya
sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam
keadaan buruk dan ALLAH pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si
pemderma dengan sebab sedekahnya.” (Hadis
Riwayat Tabrani)
2.
Mengelakkan bala
“Segeralah
kamu bersedekah , kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah.” (Riwayat Al-Baihaqi)
3.
Menghapuskan kesalahan-kesalahan dan dosa
“Kalau
kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang) , maka yang demikian adalah
baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan
sedekah-sedekah itu serta kalau berikan kepada orang-orang fakir miskin , maka
itu adalah baik bagi kamu; dan ALLAH akan menghapuskan dari kamu sebahagian
dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah) , ALLAH Maha Mengetahui secara
mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 21)
4. ALLAH
akan memberi rezeki yang berganda
Firman
ALLAH SWT yang bermaksud:
“Sesiapa
yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat) , maka baginya (balasan) sepuluh
kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya: dan sesiapa yang membawa
amal kejahatan , maka ia tidak dibalas malainkan (kejahatan) yang sama
dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikit pun).” (Surah al-Al-Anaam: 160)
5. Dapat
membersihkan jiwa
ALLAH
SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya
berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia berih bertambah-tambah
bersih (dengan iman dan amal kebajikan).” (Surah As-Syams: 9)
Ramai yang beranggapan bahawa bersedekah
boleh mengurangkan harta. Itu tidak benar. Bersedekah pada jalan ALLAH
sebenarnya menguatkan lagi kesucian dan kehormatan agama Islam. Ia boleh
dijadikan contoh dan teladan yang bagi orang kafir untuk mengajak mereka ke
jalan yang lebih baik.
Sedekah juga
boleh memperbaiki taraf hidup orang Islam yang tidak bernasib baik.
Menyedekahkan tenaga dalam usaha kebajikan sesungguhnya memperkuatkan komuniti
itu sendiri dan menanamkan sifat kasih sayang , belas dan ihsan sesama saudara
seislam mahupun orang lain.
Harus diingatkan bahawa sedekah yang ikhlas
tidak boleh diungkit atau digembar-gemburkan. Namun , masyarakat hari ini lebih
suka mencari publisiti , nama dan kehormatan dengan memperbesarkan sedekah atau
bantuan yang diberi. Walhal ALLAH sudah memberi peringatan kepada yang suka
mengungkit di atas pemberian mereka. Firmann ALLAH SWT yang bermaksud:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan
perkataan membangkit-bangkit dan (kalakuan yang) menyakiti , seperti
(merosakkan pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana
hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada
ALLAH dan hari akhirat.” (Surah al-Baqarah:264)
Ayuh! Ringankanlah tangan untuk membantu.
Tidak rugi jika sedekah harta kita dikongsi bersama orang lain. Sebagai pemberi
pula seharusnya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH SWT berikan. Hanya
mereka yang mengenal erti syukur akan ringan tangannya untuk memberi.
Justeru , hiduplah untuk memberi kerana ALLAH
yang menghidupkan kita juga banyak ‘memberi’ kepada kita melalui nikmat-NYA
yang melimpah ruah. Wallahua’alam.
.jpg)
No comments:
Post a Comment