Friday, 1 November 2013

Sejak Kecil Sampai Sekarang Aku Teruskan Hobi Aku

Sejak Kecil Sampai Sekarang Aku Teruskan Hobi Aku J



Assalammualikum dan salam sejahtera , aku ingin mencerita kisah pelik aku yang membawa sampai sekarang , setiap seseorang hobinya lain dan berbeza antara satu sama lain , hobi aku masa kecil terikut sampai sekarang ialah bermain-2 mainan dan game di mana sahaja , masa kecil kita mana tahu itu semua , kita hanya berfikir masa kecil adalah bersuka-2 dan bergembira sampai puas , hahaha , mainan mana-2 dan game bagi aku lah yang buat aku bergembira masa kecil , masa kecil aku pantang nampak mainan yang menarik memang aku minta dari ibubapa aku belikan , haha J
      Masa kecil aku dan adik-beradik sering bergaduh kerana disebabkan mainan , mainan yang pertama dan mainan yang aku suka dulu adalah mainan logo yang bina bagunan hahaha , dulu aku memang pro kalau buat sesuatu bagunan , selain mainan logo aku juga minat mainan perang-2 seperti pedang , samurai dan sebagainya , biasa ah main mainan tu anggap macam termasuk dalam perang 2 hahaha , di dalam rumah aku masa tu memang la banyak dengan mainan aku dan adik-beradik aku sampai banyak kat rumah nenek aku , aku main mainan semua tak sampai lah sekolah rendah , nak naik sekolah rendah je aku dah tak mainan semua tu , hanya main “Game Boy” tu je , aku rasa ramai yang orang minat game tu termasuklah aku hahaha , aku main game tu pun tak lama sangat pun sampai  darjah berapa ah dah lupa ah J.
     Setelah aku berumur 12 tahun atau darjah 6 aku sudah lupakan semua game budak-2 kecil , pada masa itu juga aku pelik terpengaruh dengan kawan aku dengan bermain game di komputer , aku terpengaruh dari budak kampung aku ah , aku terikut-2 diaorang dan pergi ikut diorang ke C.C (cyber cafĂ©) , aku masa kecil selalu kena marah dengan ibubapa kerana sering pergi main game kat situ dengan masa tu nak hadapi periksaan UPSR , aku ingat lagi ibubapa aku selalu serbu CC yang aku main , dah banyak kali dan dah sampai tak kira , aku tak kesah pun kalau ibubapa datang , janji aku PUAS ,hahaha dulu aku memang degil sampai sudah dibilang jangan pergi tapi aku tetap pergi juga , pada masa tu juga aku sedih gara-2 main game tu aku mendapat result UPSR dengan 4B1C , buat kata mak aku pun 4 burger  1 cendol , hahaha aku masih ingat lagi , aku menyesal kalau aku tak degil pergi CC tu masa tu boleh ah aku dapat result yang lagi baik , pada masa tu ah aku hanya tergila main game bola , haha.
     Kenapa hobi aku tu sampai di bawa ke sekolah menengah? Hmm apa nak buat dah hobi yang tak boleh pisahkan , masa tingkatan satu hingga la sampai sekarang aku tergila main game di CC , aku main game guna duit aku tolong makbapak aku meniaga , takde sampai minta begitu saja , tapi sekarang nie aku guna duit aku sendiri hasil dari kerja , baru ah berkat , hahaha , dulu yang game yang aku pro adalah game bola online iaitu “Fifa Online” , aku kalau berlawan dengan budak satu CC aku selalunya memang kurang kalah ah , kalau ada orang nak lawan dengan aku anggap aku nie abang pro , aku bukan lah nak riak ke apa tapi dah diaorang anggap aku macam tu , tak percaya tanya sesiapa yang dulu pernah berlawan dengan aku atau kenal aku , hanya budak-2 kenal aku di CC tu , tak percaya meh ah sesiapa yang tak percaya meh ajak try aku lawan , korang ON aku ON , hahaha #serius  J , game bola tu aku dah tinggal sejak aku tingkatan 3.
    Selain game bola aku pro ada satu lagi game yang aku main sampai sekarang dan aku tergila-2  iaitu game DOTA , game tu la aku terpengaruh dari abang-2 kampung aku dan budak-2 satu CC dengan aku , aku tengok cara dia main pun macam real ah dan gempak , tu pasal aku tergila-2 game tu sampai sekarang , eh game tu bukan game hodoh-2 tapi game tu top 1 kat dunia nie , takpe kalau  tak percaya tanya la sesiapa mesti diaorang cakap game tu sedap dan popular , dulu masa baru belajar main game tu selalunya kalah dengan sesiapa TAPI sekarang kalau main game tu selalunya menang tak kira dia pro ke tak , janji aku boleh berhadap dan menang , dah main game dah berapa tahun ah , rasa aku dah 6 tahun , memang bagi aku dah lali atau pakar game tu , sesiapa yang nak cuba lawan game nie dengan aku meh add ID DOTA 2 aku “ComeFlyWithMeQy” , hahaha , kalau ada sesiapa yang nak cuba lawan dengan aku je J
     Main-2 juga tapi aku nie takde ah sampai lupakan matepelajaran , aku time nak exam PMR dan SPM pun buat macam biasa je , aku cuma kurang kan masa aku berhadap bermain game , semua orang tak tahu aku macam mana , tengok je muka belajar tapi kalau ada masa free aku pergi CC main game hahaha , bagi aku janji aku gembira dan dapat lepasan masa bosan aku dengan main game di CC , rasa orang dan kawan aku dah tahu aku asyik main game kat CC , janji aku main game tak lupakan sesiapa dan tak menyusah sesiapa kecuali keluarga ah hahaha peace yoo J , rumah aku dah ada lektop ah cuma ada lektop je tapi takde internet hahaha , tu pasal aku pergi CC , aku hanya pergi CC takde ah sampai terpesong pergi tempat lain , pergi-2 jugak tapi aku ingat rumah tapi ada masanya aku lupa dimana rumah hahahahaha , biasalah tergila-2 dengan game , aku main game tu takde sampai main game pesongkan agama , aku boleh tahu game mana yang pesongkan agama dan aku sentiasa  ingatkan ALLAH serta agama , itu penting bagi aku , btw hidup aku gembira hanya dapat main game J
SESETENGAH ORANG HOBI MEMANG BERBEZA , MAIN-2 JUGA INGAT LAH ORANG DAN AGAMA , JANGAN SESEKALI MAIN GAME SAMPAI LALAI DAN TAK INGAT DUNIA , MAIN GAME JANGAN SAMPAI KITA LUPA PADA MATEPELAJARAN DI SEKOLAH , SEIMBANG KAN MASA KITA MAIN GAME DENGAN BELAJAR LEBIH BAIK LEBIHKAN MASA KITA DENGAN BELAJAR DARI MAIN GAME , MAIN GAME JUGA JANGAN SAMPAI MEMESONGKAN AGAMA , PANDAI KITA AMBIL BERAT DALAM MEMBEZA GAME YANG BAIK ATAU TIDAK BAIK.
     


No comments:

Post a Comment