Friday, 26 December 2014

Pusat Rawatan Alternatif Islam (Al-mughni Baraqah)

Pusat Rawatan Alternatif Islam 
(Al-Mughni Baraqah)



Assalammualaikum dan selamat sejahtera , alhamdulilah diri ku ini sihat sejahtera walaupun kaki ku ini belum sembuh sepenuhnya , biarlah lama kaki aku nie mengambil masa untuk penyembuhan janji aku taknak sesuatu benda masuk pada kaki aku ini , ‘Biarlah Lambat Asal Selamat’ , aku bersyukur juga kepada Tuhan di berikan jalan terbaik bagi untuk penyembuhan dengan mengikuti Rawatan Alternatif Islam , Alhamdulilah lah tempat rawatan tu dekat sekali dengan rumah aku dan sebelahan kedai mak aku , Terima Kasih Ya Allah berikan dipermudahkan segala urusan ku.

  Aku pada mulanya dapat berita yang rawatan ini ada daripada MakLong aku , rawatan tu jalan kerja dalam dua hari then baru ah aku tahu , pada hari kedua rawatan tu ah aku pergi dengan kaki yang tidak sembuh sepenuhnya dan pergi dengan bertongkat dua , aku pada malunya malu nak pergi coz keadaan bertongkat tapi aku fikir balik itu semua tak penting , biarlah orang nak mengata apa sekalipun kat aku janji aku berusaha sedaya mampu demi diri aku sendiri untuk penyembuhan , alhamdulilah adik aku hantar aku pergi setiap malam , rawatan nie buat malam dari lepas Isyak hingga selesai rawatan , rawatan nie tak kira habis pukul berapa janji selesai membuat rawatan kepada semua orang , yang aku tahu rawatan nie buat sampai habis empat atau lima pagi. #Perhhh

  Rawatan ini juga terdiri daripada dua kategori iaitu kategori pertama rawatan bagi rawatan yang ada penyakit sakit kaki/badan/ tangan,pergerakan,mata,resdung,telinga dan tenaga bagi orang kurang tengana dan berumur , selain tu rawatan kedua pula adalah rawatan gangguan iaitu rawatan yang seseorang itu ada gangguan dalam badan,buatan orang,membela sesuatu untuk dikeluarkan , pada awalnya dia membuat rawatan pertama dahulu baru rawatan kedua , kalau dah habis rawatan pertama barulah boleh buat rawatan kedua , rawatan kedualah terlalu ramai orang menunggu untuk membuat rawatan tersebuat kerana ingin membuang gangguan tu dari dalam badan.

  YM Ustaz Nik Mohd Zunaidi adalah ketua bagi rawatan nie dan terdiri beberapa anak muridnya yang membantu dalam rawatan ini , Ustaz dan anak muridnya nie hanya membuat rawatan di katerogi kedua dan sedikit rawatan di kategori pertama kepada semua orang , selain tu terdapat beberapa pembantunya hanya ditugaskan membuat rawatan pertama kepada semua orang , rawatan ini tidak mengira bangsa untuk membuat rawatan , sampai ada kaum India dan Cina yang datang untuk membuat rawatan ini , rawatan ini amat memerlukan sifat ‘Kesabaran’ kerana terlalu ramai orang yang ingin dirawat.

  Perlu bayar ke rawatan nie? Ehh tak perlu sekalipun kerana rawatan nie hanya percuma , hanya perlu bayar bagi sesiapa yang ingin membeli penawar bagi penyakit sekalipun , di rawatan tersebut terdapat kedai yang menjual barang penawar bagi penyakit sekalipun dan barang Sunnah Nabi Muhammad SAW , bagi setiap barang penawar tersebut telah didoakan,dizikir,disolat hajatkan jadi pantang bagi barang penawar ialah ‘Dilangkah’ , barang sunnah Nabi itu hanya jual dan ada khasiat kepada penyakit apa sekalipun kepada sesiapa yang ingin menggunakannya dan sikap yang cinta kepada Nabi iaitu mengamalkan barang sunnah Nabi.

  Bagi kaki aku nie yang Ustaz cakap amalkan menggunakan ‘Daun Tembaga Sausa’ dan ‘Minyak Lemak Kasawari’ , sapu minyak lemak kasawari di tempat yang patah then balutkan dengan daun tembaga sausa then tutup dengan bendesh sambil berzikir sepanjang masa  , amalkan selama dua minggu Insha-Allah dengan izin Allah kaki yang patah akan dicantum semula , Alhamdulilah , Terima Kasih Ya Allah kerana sembuhkan kaki aku ini walaupun tak sempurnanya , setelah aku mengamalkan lebih dari dua minggu dan berjumpa doktor then kaki aku nie sembuh tidak sempurnanya dan ada berubahannya ,  aku sebelum nie bertongkat dua then selepas amalkan ini semunya aku dapat bertongkat sebelah je , ini semua kuasa ALLAH , Dialah yang berkuasa membuat sesuatu perkara. ‘Manjadda Wajadda’ BarangSiapa Yang Berusaha Pasti Berjaya.

  Rawatan tersebut berjalan langsung selama 18 hari je tapi ramai orang yang mencadang untuk ditambahkan hari rawatan kerana rawatan selama 18 tidak puas bagi mereka , Alhamdulilah akhirnya rawatan tersebut dengan izinkan Allah ditambahkan hari selama seminggu , rawatan tersebut  dijalankan langsung selama 25 hari , huhu , aku bersyukur dengan semua tu , pada hari-hari terakhir pusat rawatan tu mencari ahli ‘Stokis’ di Jasin , Alhamdulilah bersyukur kepada Allah aku salah sorang menjadi ahli stokes , terdapat dua orang ahli stokis , sorang tu ahli stokis belah Tangkak dan aku pula menjadi ahli stokis belah Jasin , stokis ini menjual barang penawar dan barang-2 sunnah Nabi , aku menjual di kedai makan depan Stadium , apa-2 boleh datang dan tanya apa saja , Sekian.

Muhammad Nur Syahir bin Yaacob | Batu 19 Kampung Kelubi , Jasin , Melaka
HP : 016-2064321 | Seribusatuinfosihat.blogspot.com
Facebook : Muhd Nur Syahir | Twitter : Muhd Nur Syahir | Wechat : Muhd Nur Syahir

Monday, 15 December 2014

Jadilah Mukmin Yang Kuat

Jadilah Mukmin Yang Kuat


Jadilah seorang mukmin yang kuat , kerana mereka adalah yang paling disayangi ALLAH. Termasuk dalam golongan mukmin yang kuat itu adalah , mereka yang terbuka hatinya dalam menerima takdir ALLAH , tidak kira sama ada ia takdir yang baik atau buruk.

  Janganlah jadi seperti orang yang sebaliknya. Mereka menerima takdir yang baik , tetapi membenci takdir yang buruk. Hati mereka hanya menerima perkara yang mendatangkan kesenangan sahaja , tetapi tidak menolak perkara susah.

  Ingatlah , kuat bukan bermakna kita gagah mengangkat sebarang barangan. Kuat bukan bermakna kita hebat dalam memukul orang lain. Kuat juga bukan bermakna kita hebat , kerana mampu memandu kenderaan untuk tempoh yang lama tanpa berhenti.

  Namun , kuat seperti yang dimaksudkan adalah cekal hatinya dalam melalui ujian dan musibah yang menimpa. Walaupun di hadapannya musibah yang cukup besar , namun dia tidak mudah tenggelam punca. Jiwanya tenang bukan sahaja dalam menghadapinya , bahkan dapat melakukan gerak kerja yang baik dalam menyelesaikannya.

  Inilah mukmin yang kuat . Termasuk juga mereka yang kuat berusaha untuk meningkatkan diri ke arah kemajuan. Mereka tidak hanya berpeluk tubuh sahaja untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Namun , usaha yang dilakukan adalah begitu hebat sekali.

  Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud :

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi ALLAH  dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah , sedangkan setiap orang itu mempunyai kebaiknya (imannya) , oleh itu hendaklah engkau bersunguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu , serta hendaklah meminta pertolongan kepada ALLAH dan janganlah engkau bersikap segan dan malas ; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu , maka janganlah engkau berkata : Kalaulah aku lakukan itu dan ini , tentulah akan terjadi begitu begini , tetapi katakanlah : ALLAH telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-NYA Ia lakukan , kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” Hadis Riwayat Muslim


  Benar , jadilah mukmin yang kuat dalam menerima hakikat takdir daripada ALLAH SWT. Semakin kuat kita menerima segala ketentuan-NYA , sebenarnya semakin tenang hati dan jiwa kita. Bahkan , sekiranya kita dapat melihat dengan pandangan seorang hamba , setiap takdir yang ditetapkan kepada kita , akan kelihatan sebagai anugerah daripada-NYA.

Sunday, 7 December 2014

Terima Takdir ILAHI

Terima Takdir ILAHI


TAKDIR ALLAH SWT kepada seseorang insan adalah berbeza dengan insan. Ada orang yang ditakdirkan dengan derita , kala orang lain menerima takdir bahagia , kala ada yang sedang  berduka. Namun , semua itu adalah takdir daripada Yang Maha Esa.

  Takdir ALLAH juga tidak pernah dapat diramal. Apa yang disangka itu tewas , maka ALLAH pula menentukan disebaliknya. Ada orang yang mahukan sesuatu itu menjadi begini dan begitu , namun takdir ALLAH menentukan sebaliknya. Itulah takdir yang tidak mampu ditelah fikiran manusia.

   Ingatlah , antara kesan dan hasil kita beriman dengan takdir dan ketetapan ALLAH ialah , hati menjadi tenang. Bukan itu sahaja , bahkan hati yang sifatnya berbolak balik itu , tidak pernah risau dalam menjalani hidup ini.

  Namun , bagi mereka yang beriman dengan takdir ALLAH , hati mereka tenang dan tidak gundah gulana. Bahkan kerana yakin musibah yang berlaku itu adalah takdir , maka dia yakin bahawa perkara berkenaan pasti terjadi dan tidak mungkin dapat lari daripadanya.

  Yakinlah , apabila seseorang itu memahami takdir ALLAH dengan benar , tentu dia akan melalui segala musibah penuh ketenangan. Perkara ini pasti berbeza dengan orang lain tidak beriman pada takdir dengan benar.

  Hidup mereka pasti diiringi dengan kesedihan. Apa yang mereka rasakan hanyalah kegundahan dan kegelisahan. Mereka sukar untuk menerima sesuatu takdir. Malah bimbang ada yang seolah-olah menyebabkan takdir ke atas dirinya. Ini dimensi yang berbeza bagi orang beriman dan yang tidak beriman dengan takdir ALLAH.

  Ada orang , kerana keyakinannya tinggi terhadap segala ketentuan ALLAH , maka hatinya tetap tenang. Ketika orang lain mencela-cela hidupnya sendiri kerana sesuatu musibah , melakukan pelbagai perkara yang pelik lagi buruk dan sebagainya , bagi orang yang beriman pula , mereka tidak bersikap demikian.

  Ketika ini , hatinya menjadi tenang dan aman. Walaupun berhadapan dengan musibah yang kelihatannya cukup berat , namun hatinya yang tenang melaluinya seolah-olah lupa akan kesengsaraan yang ditempuhi.

  Inilah jiwa yang hebat. Jiwa ini adalah jiwa yang dapat menerima segala ketentuan ALLAH. Jiwa ini juga menunjukkan betapa ajaibnya berbaik sangka kepada ALLAH. Betapa mereka yakin bahawa apa yang ditentukan itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Bahkan ,mungkin sebagai ujian kepadanya. Namun , mereka tetap tenang.


  Pendirian mereka berbeza berbanding dengan orang lain tidak kuat imannya. Mereka yang lemah iman cenderung untuk menyesali sebarang takdir yang buruk kepadanya. Ia termasuk dalam perkara yang dilarang bagi seseorang mukmin melakukannya.