Friday, 31 October 2014

Alhamdulilah Dapat Melihat WajahMu Di Kali Terakhir

Alhamdulilah Dapat Melihat WajahMu Kali Terakhir

Assalammualaikum dan selamat petang , hari ini hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan banyak manfaat di hari yang penuh berkah , hari nie juga aku sedih gila kerana orang yang banyak jasa dengan aku selama ini telah pergi ke maratulAllah hmm , arwah tersebut adalah Bapa kepada PakUda (Haji Khairul Nizam) aku , PakUda adalah salah satu menantu Atok dan Odang aku , arwah juga adalah bidan kepada Atok dan Odang aku.

  Jasa arwah terhadap aku adalah begitu besar ah , bagi aku ah kalau bagi orang lain bezanya , aku masa kecil lagi tak kenal dan rapat dengan arwah , aku kenal arwah tu pun dari PakUda aku , masa aku dah besar aku selalu ikut PakUda dan MakUda aku pergi mana-2 tempat antaranya pergi makan di merata tempat ,berkhelah,bercuti,tidur di rumah diaorang dan banyak lagi ah , tak dapat aku nyatakan kerana terlalu banyak kenangan dengan diaorang.

 Aku kenal dengan arwah tu dari diaorang , rumah sewa diorang jiran dengan rumah arwah , rumahnya di Seremban 2 , masa aku duduk rumah PakUda aku tu , aku diajak kenal dengan arwah dan keluarganya , Alhamdulilah semua keluarganya aku dah kenal , aku duduk rumah PakUda aku tu time diaorang tengah bekerja , aku duduk rumah diaorang pun sorang-2 , tapi takpe aku tak kesah coz sebelah tu rumah makbapak diaorang , time aku bosan ke tak aku pergi lepak kat rumah makbapak diaorang , masa lepak dan berbual dengan makbapak diaorang masa tu la aku rapat dengan arwah.

  Arwah nie jenis tak sombong dan baik orangnya , aku ingat lagi masa aku nak balik kampung aku , arwah lembut hati nak hantar aku balik kampung sambil tu arwah hantar anaknya sekali ke UiTM Lendu , selepas hantar anaknya ke tempat belajar arwah hantar aku pulang ke kampung , arwah terlalu banyak jasa dengan aku , sampai aku tak terkira , satu lagi masa aku masuk ICU , arwah sanggup datang jauh untuk menziarah aku hmm , tapi aku sedih time arwah masuk ICU aku tak dapat datang ziarah arwah kerana keadaan aku tidak mengizinkan , aku nak pergi ziarah tapi keluarga aku cakap tak payah pergi coz keadaan aku belum sembuh lagi hmm L  #TiadaRezeki

  Arwah masuk ICU lebih lama daripada aku , dia masuk ICU kerana ada penyakit yang teruk , begitu lama arwah tanggung derita itu hmm #Astaghfirullah, aku dapat berita dari MakUda aku yang call Atok aku then Atok aku cakap dia sudah pergi hmm , aku amat sedih gila kerana tak dapat jumpa arwah time dia masih bernafas lagi hmm , arwah hembuskan nafas terakhir sebelum nak masuk waktu Maghrib , Atok aku dah dengar berita tu Atok siap-2 untuk pergi menziarah untuk kali terakhir , pergi sana satu kereta je , itu pun PakTeh sekeluarga dengan Atok aku.

  Aku memang nak pergi ziarah tetapi bapak aku takut nak pergi kerana kereta kereta bapak hari baru betulkan kerana rosak hmm , tapi bapak aku fikir balik nak ke taknak pergi , akhirnya bapak pergi jugak walaupun kereta belum owhkay lagi , aku pun gembira kerana dapat pergi J , arwah dikebumikan pada hari nie (31.10.2014) di waktu pagi atau sebelum solat Jumaat , aku dah buat semua tu sebelum arwah dikebumikan tapi satu je aku tak dapat pergi iaitu mandikan arwah dan kebumikan arwah , aku tak dapat buat semua tu kerana keluarga aku tak kasi atas keadaan aku yang belum sembuh ah hmm , sedih gila seyy , tapi takpe Insya-Allah kalau aku ada rezeki aku nak ziarah di kubur arwah , semua pergi tak aku? keseorangan di rumah PakUda aku hmm #redha , selepas selesai semuanya aku dan keluarga aku bergerak pulang ke kampung.Al-Fatiha

MATI ITU BENAR , HIDUP DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA , AKHIRATLAH KITA HIDUP SAMPAI BILA-2 , BERINGATLAH JASA SESEORANG ITU , BILA KITA KEHILANGAN SESEORANG DALAM HIDUP KITA ITU BERMAKNA ALLAH LEBIH SAYANG KEPADANYA , SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN #AMIN



Sunday, 5 October 2014

Thanks Peace Yoo

Thanks Peace Yoo J


Assalammualaikum dan selamat sejahtera , beribuan terima kasih kepada sahabat aku yang datang ke rumah aku dan lepak dengan aku , aku betul-2 bersyukur dapat sahabat yang luas biasa macam mereka , sahabat aku yang luas biasa ialah Syukri Mahat,Syafiq aka Macha dan Yazeed , diaorang aku dah kenal dari tingkatan 1 satu lagi just dak Syukri Mahat je time tingkatan 3.

  Mereka selalu bersama dengan aku dimana-2 tempat , kalau bosan kiaorang selalu lepak di Taman Muhibah , tetapi diaorang dah jauh dari aku kerana diaorang sambung belajar di Melaka , aku je belajar kat rumah hahaha , maklumlah aku belum sembuh lagi , masa tak mengizinkan J aku tunggu dah sembuh baru lah boleh sambung belajar dan bolehlah mengisikan masa lapang  dengan melepak dengan diaorang .

 Terima kasih jugak sahabat ku kerana mengisikan masa korang time free study di rumah aku , 3 minggu sekali korang  datang ke rumah aku untuk melihat keadaan aku dan berborak , aku duduk rumah nie pun bosan ah dan tak tahu nak buat apa , kalau korang datang pun aku berasa gembira dapat berborak dengan korang dan dapat mengetahui perkembangan korang di tempat belajar korang , alhamdulilah  borak-2 juga dengan korang aku dapat ah ilmu dapat ilmu J

AKU BERHARAP HUBUNGAN PERSAHABATAN KITA  INI TAK AKAN TERPISAH DAN BERHARAP KORANG SAHABAT AKU SELAMANYA , TIME AKU SUSAH KORANG SELALU BERADA DISISI AKU , INSHA ALLAH AKU AKAN BALAS JASA KORANG PADA SUATU HARI , AKU HANYA MAMPU BERSYUKUR DAPAT SAHABAT MACAM KORANG , HIDUP SUSAH SENANG KITA BERSAMA , TAKKAN TERPISAH J

Lembu Korban Memanggil

Lembu Korban Memanggil


Assalammualaikum dan selamat sejahtera , hari ini 10 zul hijah dan 5.10.14 hari paling bermakna dalam Islam kerana hari Raya AidilAdha dan Hari Korban , hmmm tahun ini lah tahun sedih tak dapat beraya dan lembu-2 memanggil aku , lembu sedih aganya kerana aku tak dapat datang , aku nie belum sembuh lagi , kaki aku ini masih dalam keadaan bersimen , tunggu dalam sebulan je baru bukak simen itu , kau tunggu ea simen , hahaha.

   Aku rindu nak pergi korban lembu kat sebelah masjid tu, tahun lepas aku pergi tahun nie tak dapat pergi kerana adalah masalah tak dapat dielakkan hmmm , aku masih ingat la kenangan aku pada tahun lepas bersama lembu , tahun lepas ada dalam 7/8 ekor lembu dan sekarang aku dapat tahu lembu bertambah ke 10 dan kambing 3 , perhhh , banyak sungguh , aku rasa penduduk kampung aku bertambah , aku rasa ramai orang penduduk kampung sedekahkan lembu dan kambing kot , tu pasal la kuantiti lembu  dan kambing bertambah , tempat korban tu memang luas ah ,muat dalam 20 ekor lembu.

  Pada tahun lepas juga kerja aku kat tempat korban ialah selepas orang sudah buang kulit lembu then kerja aku ambil daging setelah di buang kulit then bawa daging tu dengan kereta tolak untuk dibawa ke belakang masjid,memotong daging,memasukkan daging ke dalam plastik,kemas-2 dan sebagainya , memang berat sungguh ah kalau bawa daging dalam kereta tolak tu , aku bawa tu pun kena hati-2 coz takut daging lembu jatuh ke bawah , ketahanan diri perlu ada J

  Amat sedih tahun ini kerana tak dapat pergi berkorban kerana keadaan aku belum sembuh lagi , kalau pergi berkorban memang banyak kebaikan kalau pergi contoh dapat jumpa kawan lama yang sekian lama tidak berjumpa,dapat mencari kawan baru dekat situ,dapat kenali orang-2 kampung,dapat ilmu cara penyembelihan lembu,dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara satu sama lain dan banyak lagi ah , hmmm rugi sungguh tahun ini tak dapat pergi L


AKU REDHA UJIAN DARI-NYA , ADA HIKMAH UJIAN DARI-NYA , AKU BERHARAP TAHUN DEPAN AKU DAPAT PERGI BERKORBAN TANPA SEBARANG MASALAH #INSHA ALLAH , YA ALLAH ENGKAT KUATKAN HATI HAMBA-MU INI DENGAN UJIAN DARI-MU #AMIN 

Saturday, 4 October 2014

Cinch™ energy tea mix

Cinch™ energy tea mix


Perbezaan Shaklee 
Selamat , penggalak tenaga semulajadi.

Ditambah dengan taurina – meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.

Pilihan alternative terbaik menggantikan minuman kopi , soda , atau manisan untuk mengelakkan kecergasan tubuh.

Tanpa  glusten , tiada perisa tiruan , pewarna dan bahan pemanis.

Ekslusif T-lift® - Campuran Teh di dalam Shaklee Cinch™ energy tea mix

·         Matcha Green tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun teh termasuk serat , mineral dan antioksidan.

·         Red tea extract
Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah , yang dikenali sebagai polifenol – panjang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang daripada merebak.

·         White tea extract
Juga dikenali teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

·         Rooibos red tea extract
Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan , kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

---------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Muhd Nur Syahir bin Yaacob
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Melaka / Tangkak / Muar / Gemenche dan Semenanjung Malaysia
Shaklee ID : [ No : 685966 ]
Fon Number : 016-2064321
Twitter : Muhdnursyahir
Instagram : Muhdnursyahir
Wechat : Muhdnursyahir
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 685966
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya. Sekian.