Friday, 31 October 2014

Alhamdulilah Dapat Melihat WajahMu Di Kali Terakhir

Alhamdulilah Dapat Melihat WajahMu Kali Terakhir

Assalammualaikum dan selamat petang , hari ini hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan banyak manfaat di hari yang penuh berkah , hari nie juga aku sedih gila kerana orang yang banyak jasa dengan aku selama ini telah pergi ke maratulAllah hmm , arwah tersebut adalah Bapa kepada PakUda (Haji Khairul Nizam) aku , PakUda adalah salah satu menantu Atok dan Odang aku , arwah juga adalah bidan kepada Atok dan Odang aku.

  Jasa arwah terhadap aku adalah begitu besar ah , bagi aku ah kalau bagi orang lain bezanya , aku masa kecil lagi tak kenal dan rapat dengan arwah , aku kenal arwah tu pun dari PakUda aku , masa aku dah besar aku selalu ikut PakUda dan MakUda aku pergi mana-2 tempat antaranya pergi makan di merata tempat ,berkhelah,bercuti,tidur di rumah diaorang dan banyak lagi ah , tak dapat aku nyatakan kerana terlalu banyak kenangan dengan diaorang.

 Aku kenal dengan arwah tu dari diaorang , rumah sewa diorang jiran dengan rumah arwah , rumahnya di Seremban 2 , masa aku duduk rumah PakUda aku tu , aku diajak kenal dengan arwah dan keluarganya , Alhamdulilah semua keluarganya aku dah kenal , aku duduk rumah PakUda aku tu time diaorang tengah bekerja , aku duduk rumah diaorang pun sorang-2 , tapi takpe aku tak kesah coz sebelah tu rumah makbapak diaorang , time aku bosan ke tak aku pergi lepak kat rumah makbapak diaorang , masa lepak dan berbual dengan makbapak diaorang masa tu la aku rapat dengan arwah.

  Arwah nie jenis tak sombong dan baik orangnya , aku ingat lagi masa aku nak balik kampung aku , arwah lembut hati nak hantar aku balik kampung sambil tu arwah hantar anaknya sekali ke UiTM Lendu , selepas hantar anaknya ke tempat belajar arwah hantar aku pulang ke kampung , arwah terlalu banyak jasa dengan aku , sampai aku tak terkira , satu lagi masa aku masuk ICU , arwah sanggup datang jauh untuk menziarah aku hmm , tapi aku sedih time arwah masuk ICU aku tak dapat datang ziarah arwah kerana keadaan aku tidak mengizinkan , aku nak pergi ziarah tapi keluarga aku cakap tak payah pergi coz keadaan aku belum sembuh lagi hmm L  #TiadaRezeki

  Arwah masuk ICU lebih lama daripada aku , dia masuk ICU kerana ada penyakit yang teruk , begitu lama arwah tanggung derita itu hmm #Astaghfirullah, aku dapat berita dari MakUda aku yang call Atok aku then Atok aku cakap dia sudah pergi hmm , aku amat sedih gila kerana tak dapat jumpa arwah time dia masih bernafas lagi hmm , arwah hembuskan nafas terakhir sebelum nak masuk waktu Maghrib , Atok aku dah dengar berita tu Atok siap-2 untuk pergi menziarah untuk kali terakhir , pergi sana satu kereta je , itu pun PakTeh sekeluarga dengan Atok aku.

  Aku memang nak pergi ziarah tetapi bapak aku takut nak pergi kerana kereta kereta bapak hari baru betulkan kerana rosak hmm , tapi bapak aku fikir balik nak ke taknak pergi , akhirnya bapak pergi jugak walaupun kereta belum owhkay lagi , aku pun gembira kerana dapat pergi J , arwah dikebumikan pada hari nie (31.10.2014) di waktu pagi atau sebelum solat Jumaat , aku dah buat semua tu sebelum arwah dikebumikan tapi satu je aku tak dapat pergi iaitu mandikan arwah dan kebumikan arwah , aku tak dapat buat semua tu kerana keluarga aku tak kasi atas keadaan aku yang belum sembuh ah hmm , sedih gila seyy , tapi takpe Insya-Allah kalau aku ada rezeki aku nak ziarah di kubur arwah , semua pergi tak aku? keseorangan di rumah PakUda aku hmm #redha , selepas selesai semuanya aku dan keluarga aku bergerak pulang ke kampung.Al-Fatiha

MATI ITU BENAR , HIDUP DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA , AKHIRATLAH KITA HIDUP SAMPAI BILA-2 , BERINGATLAH JASA SESEORANG ITU , BILA KITA KEHILANGAN SESEORANG DALAM HIDUP KITA ITU BERMAKNA ALLAH LEBIH SAYANG KEPADANYA , SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN #AMIN



No comments:

Post a Comment