Sunday, 5 October 2014

Lembu Korban Memanggil

Lembu Korban Memanggil


Assalammualaikum dan selamat sejahtera , hari ini 10 zul hijah dan 5.10.14 hari paling bermakna dalam Islam kerana hari Raya AidilAdha dan Hari Korban , hmmm tahun ini lah tahun sedih tak dapat beraya dan lembu-2 memanggil aku , lembu sedih aganya kerana aku tak dapat datang , aku nie belum sembuh lagi , kaki aku ini masih dalam keadaan bersimen , tunggu dalam sebulan je baru bukak simen itu , kau tunggu ea simen , hahaha.

   Aku rindu nak pergi korban lembu kat sebelah masjid tu, tahun lepas aku pergi tahun nie tak dapat pergi kerana adalah masalah tak dapat dielakkan hmmm , aku masih ingat la kenangan aku pada tahun lepas bersama lembu , tahun lepas ada dalam 7/8 ekor lembu dan sekarang aku dapat tahu lembu bertambah ke 10 dan kambing 3 , perhhh , banyak sungguh , aku rasa penduduk kampung aku bertambah , aku rasa ramai orang penduduk kampung sedekahkan lembu dan kambing kot , tu pasal la kuantiti lembu  dan kambing bertambah , tempat korban tu memang luas ah ,muat dalam 20 ekor lembu.

  Pada tahun lepas juga kerja aku kat tempat korban ialah selepas orang sudah buang kulit lembu then kerja aku ambil daging setelah di buang kulit then bawa daging tu dengan kereta tolak untuk dibawa ke belakang masjid,memotong daging,memasukkan daging ke dalam plastik,kemas-2 dan sebagainya , memang berat sungguh ah kalau bawa daging dalam kereta tolak tu , aku bawa tu pun kena hati-2 coz takut daging lembu jatuh ke bawah , ketahanan diri perlu ada J

  Amat sedih tahun ini kerana tak dapat pergi berkorban kerana keadaan aku belum sembuh lagi , kalau pergi berkorban memang banyak kebaikan kalau pergi contoh dapat jumpa kawan lama yang sekian lama tidak berjumpa,dapat mencari kawan baru dekat situ,dapat kenali orang-2 kampung,dapat ilmu cara penyembelihan lembu,dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara satu sama lain dan banyak lagi ah , hmmm rugi sungguh tahun ini tak dapat pergi L


AKU REDHA UJIAN DARI-NYA , ADA HIKMAH UJIAN DARI-NYA , AKU BERHARAP TAHUN DEPAN AKU DAPAT PERGI BERKORBAN TANPA SEBARANG MASALAH #INSHA ALLAH , YA ALLAH ENGKAT KUATKAN HATI HAMBA-MU INI DENGAN UJIAN DARI-MU #AMIN 

No comments:

Post a Comment