Memilih Keputusan Tepat , Jangan
Menyesal Kemudian Hari
Ya
begitulah pesan Imam Al-Ghazali. Kata beliau , andai kita mahu menjadi orang
yang hebat , janganlah lakukan sesuatu perkara yang akan menjadikan kita
menyesal di kemudian hari.
Hari ini , setelah melalui pelbagai derita
dan ujian , ada di antara kita yang berada dalam senangan dan kemewahan. Malah
, ujian yang dilalui sebelum ini juga selayaknya membawa kita berada di
kemuncak dalam pelbagai bidang. Ada yang berada di kemuncak di bidang perniagaan
, kebahagiaan keluarga , pelajaraan , kerjaya dan sebagainya.
Maka , setelah berada di kedudukan tertinggi
jangan lupa untuk sesekali menjenguk ke bawah. Lihatlah , berapa ramai yang
apabila berada di kemuncak kehidupan yang bahagia , berakhir dengan penyesalan
apabila tersilap memilih jalan yang akan dilalui.
Akibat yang terpaksa ditanggung bukan sahaja
mendatangkan kesan buruk , bahkan ada yang menyebabkan kerugian besar. Inilah yang
disebut sebagai penyesalan. Sungguh , ia benar-benar tidak wajar untuk kita
lakukan kesilapan seperti ini.
Justeru , apa sahaja tindakan kita hendaklah
difikirkan baik dan buruknya. Istikharah pula , menjadi kaedah terbaik dalam
membuat pilihan , waima sekecil-kecil keputusan. Ingatlah , kita hanya
merancang , tetapi ALLAH adalah sebaik-baik perancang.
No comments:
Post a Comment