Tuesday, 25 November 2014

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

ESP
SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Perbezaan Shaklee 
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah factor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-Genetically Modifield Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula , setiap 850g(satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber  tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein daripada Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur-tua dan muda. Manakala , kandungan Indeks Glisemik(G.I.) yang rendah iaitu 39 , menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging , 4 kali ganda telur , 12 kali ganda susu , rendah lemak , tiada kolestrol , tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Tahukah Anda?
Indek glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat  berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai Indek glisemik(G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat , malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein  dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones ganistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Manfaat Utama:
  • ·         Awet Muda – Asid Amino penting untuk membina otot , kuku , rambut , darah , organ , kulit , gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunco kepada awet muda.
  • ·         Baik Untuk Hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones , fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol , mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • ·         Baik Untuk Prostas – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus , ovary , menopaus dan pembesaran prostat.
  • ·         Kulit Remaja – Meransang pembentukan semula kulit dan otot ,  mengurangkan kedutan , agen anti-penuaan , mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot , percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • ·         Pembekal Tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun , maka baik untuk kekal bertenaga , mencegah migrain , imsomnia dan tekanan.
  • ·         Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur , membaiki masalah pigmentasi , kedutan dan kesan tua.
  • ·         Membaiki Memori – Meningkatkan kualiti memori , vitality , dorongan seksual dan rangsangan.

Kepentingan Protin
Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka , setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit , masalah lebihan air yang tinggi dalam badan , kehilangan kepejalan otot , perubahan warna rambut , bantut pertumbuhan , masalah penghadaman , masalah penghasilan darah dan hormon , dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Cadangan :
 2 – 3 kali sehari , 2 sudu besar (perut kosong) (boleh campur dengan  Meal Shakes dan Performance Drink)


---------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Muhd Nur Syahir bin Yaacob
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Melaka / Tangkak / Muar / Gemenche dan Semenanjung Malaysia
Shaklee ID : [ No : 685966 ]
Fon Number : 016-2064321
Twitter : Muhdnursyahir
Instagram : Muhdnursyahir
Wechat : Muhdnursyahir
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 685966
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya. Sekian.

Thursday, 13 November 2014

Memilih Keputusan Tepat , Jangan Menyesal Kemudian Hari

Memilih Keputusan Tepat , Jangan Menyesal Kemudian Hari


Ya begitulah pesan Imam Al-Ghazali. Kata beliau , andai kita mahu menjadi orang yang hebat , janganlah lakukan sesuatu perkara yang akan menjadikan kita menyesal di kemudian hari.

  Hari ini , setelah melalui pelbagai derita dan ujian , ada di antara kita yang berada dalam senangan dan kemewahan. Malah , ujian yang dilalui sebelum ini juga selayaknya membawa kita berada di kemuncak dalam pelbagai bidang. Ada yang berada di kemuncak di bidang perniagaan , kebahagiaan keluarga , pelajaraan , kerjaya dan sebagainya.

  Maka , setelah berada di kedudukan tertinggi jangan lupa untuk sesekali menjenguk ke bawah. Lihatlah , berapa ramai yang apabila berada di kemuncak kehidupan yang bahagia , berakhir dengan penyesalan apabila tersilap memilih jalan yang akan dilalui.

  Akibat yang terpaksa ditanggung bukan sahaja mendatangkan kesan buruk , bahkan ada yang menyebabkan kerugian besar. Inilah yang disebut sebagai penyesalan. Sungguh , ia benar-benar tidak wajar untuk kita lakukan kesilapan seperti ini.


 Justeru , apa sahaja tindakan kita hendaklah difikirkan baik dan buruknya. Istikharah pula , menjadi kaedah terbaik dalam membuat pilihan , waima sekecil-kecil keputusan. Ingatlah , kita hanya merancang , tetapi ALLAH adalah sebaik-baik perancang.

Thursday, 6 November 2014

Ilmu Kunci Syurga

Ilmu Kunci Syurga



“Daripada Abu Hurairah RA , dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut atau mencari ilmu , maka ALLAH memudahkannya untuk menempuh jalan ke syurga.”Riwayat Tirmidzi 

Hadis ini pula menyebut tentang orang yang menempuhi jalan untuk menuntut ilmu. Apabila digunakan perkataan ‘menempuh’ kerana secara tidak langsung ia menunjukkan berapa beratnya jalan yang harus dilalui.

  Lihatlah sendiri sejarah ulama-ulama terdahulu yang bersusah payah mengembara , berkelana berjalan kaki , menunggang unta atau kuda untuk mencari ilmu seperti yang berlaku kepada imam-iman terdahulu. Kemudian lihat pula kepada kesungguhan ulama-ulama selepas ini juga yang mengembara dengan kenderaaan , kapal laut meninggalkan tanah air tercinta semata-mata untuk menuntut ilmu di kejauhan. Berapa gigih dan bersungguh-sungguhnya mereka demi menyampaikan pula ilmu tersebut kepada masyarakat awam.

  Selepas terhasil dengan ilmu , mereka kembali semula ke tanah air untuk menyebarluaskan ilmu sama ada dengan kitab tulisan mereka sendiri atau mendirikan sekolah pondok juga mengajar di pusat pengajian. Jihad mereka diteruskan lagi dengan mendidik anak bangsa.

  Mendidik itu tidak mudah. Ia memerlukan kesabaran dan tidak boleh berputus asa. Ini kerana kesabaran itulah yang akan menentukan berjaya atau tidak seseorang guru dalam mendidik anak muridnya. Dan di sinilah wujudnya pula jihad mendidik manusia ke arah kebaikan.

  Melihat rentetan perjalan seorang muallim (pendidik) bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru , mereka berhak menerima tawaran ALLAH iaitu syurga di atas usaha , penat dan jerih terpaksa mereka lalui demi mendalami ilmu. Bukan itu sahaja , penuntut ilmu juga akan didoakan oleh segenap makhluk di bumi sebagaimana sabda Rasulullah SAW:


“Sesungguhnya para malaikat , segala makhluk yang berada di langit dan di bumi sehingga semut yang berada di dalam lubangnya serta ikan di lautan , sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Di samping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada ALLAH untuk para ulama.” Riwayat al-Tabrani , Kanz al-Ummal