Saturday, 24 January 2015

Khasiat Cuka Kurma

Khasiat Cuka Kurma


Cuka Kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C , vitamin E , vitamin B1 , beta-karotena , vitamin P(bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium(keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak , kolestrol , asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya

Menurut tokoh perubatan Islam , Ibnu sina dalam kitab beliau ‘Al-Qanun Fi Al-Tib’ menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakkan di dalam badan seperti bisul dan kanser , memperbaiki masalah pencernaan di dalam perut , masalah usu , menyucikan darah , kerongkong , kahak , batuk berpanjangan , menjaga kulit dari kepanasan matahari , mengatasi masalah lemak-lemak di badan(kolestrol) , menstabilkan asid dan garam di dalam badan , membuang keracunan badan(menyingkir toksik) , masalah rahim , menguatkan gigi , mata , telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan” – Darul Fikri , Bairut Tahun 1414 , m/s 908-909.

Ibnu Qayyim dalam kitab beliau ‘Al-Tib Al-Nabawi’ menyatakan  cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut , masalah hempedu(membersih hempedu dari lemak yang berbentuk batu) , mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan(kesan samping dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul di dalam perut(masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi limpa , membersihkan usus(membuang toksik dalam perut) , menguatkan sistem perut(buasir) , menghilangkan masalah dahaga(kepanasan badan) , mencegah sebarang pembengkakkan yang akan terjadi di dalam badan manusia(bisul , kanser dan sebagainya) , membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi , Bairut 1410H , m/s 233.

No comments:

Post a Comment