Khasiat Cuka Epal
Khasiat Cuka Epal
· Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
· Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi(disebabkan binatang kesayangan , makanan dan persekitaran) , jangkitan sinus , selsema , jerawat , kolestrol tinggi , keletihan yang kronik , sakit ulu hati , sakit tekak , dermatitis , artritis(bengkak sendi) , gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
· Mengandungi Pectin , sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolestrol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.
· Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan , sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.
· Kaya dengan Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit , merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi , keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.
· Kaya dengan ‘Beta Carotene’ yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas , menegangkan dan memudahkan kulit.
· Mengimbang kadar asid-alkali dalam badan , membantu melarutkan himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi , otot dan badan
No comments:
Post a Comment