Saturday, 14 February 2015

Herb-Lax

HERB-LAX™

Perbezaan Shaklee :
Ramuan atas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi bara. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves , senna leaves , anise seed , blue malva flower , buckhorn bark , licorice root , rhubarb root , fennel seed dan culver’s root.  Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat Utama:

·         Pembersihan Najis yang Tersekat.
·         Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
·         Membantu Masalah Sembelit.
·         Tindakan pembersihan yang lembut oleh  mengambalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
·         Mengempiskan perut.
·         Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambila seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas , sebagai minuman the herba.

Cadangan :
-Untuk kebersihan berpanjangan             : 2 kali seminggu -  4 biji setiap kali sebelum tidur
-Untuk pembersihan usus / detoksifikasi ,   kali melawan kanser , mengawal berat badan   : 2 kali sehari – 3 biji setiap kali(Selepas makan dan sebelum tidur)    

Perhatian !
Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal , Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.

Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal.                

---------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Muhd Nur Syahir bin Yaacob
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Melaka / Tangkak / Muar / Gemenche dan Semenanjung Malaysia
Shaklee ID : [ No : 685966 ]
Fon Number : 016-2064321
Twitter : Muhdnursyahir
Instagram : Muhdnursyahir
Wechat : Muhdnursyahir
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 685966 
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya. Sekian.

Saturday, 7 February 2015

Kita Haruslah Pandai Dalam Memilih Jodoh Kita

Kita Haruslah Pandai Dalam Memilih Jodoh Kita


Assalammualaikum dan selamat sejahtera Malaysia J , pada zaman sekarang memang terlalu senang sangat kita cari siapa jodoh kita , merata tempat kita boleh temui jodoh kita atau pasangan kita , pelbagai cara nak cari jodoh pada zaman ini seperti dalam internet , telefon dan banyak lagi cara ah hari ini , yang paling aku pelik sampai pada zaman sekarang kalau nak cari jodoh kita senang je ikuti peraduan mesej then harta ke nombor tu serta kenali diri kita then dapat jodoh kita , hahaha aku ingat ada peraduan tu , lawak-2 tahap gaban , senang ah pada sesiapa yang ingin mencari jodoh btw semua itu menggarot bagi aku.
 
     Pada zaman sekarang mencari jodoh yang kita inginkan memang la susah , sesetengah orang hendak mencari jodoh memang terlalu memilih sangat , mereka yang hendak jodoh dia yang berpangkat,berharta,berduit,senang,comel macam Kak Ton J,handsome ah dan sebagainya , banyak ah syarat orang yang ingin menjadi jodoh dan terlalu mengada-gada sangat sampai ingin berbeza orang lain yang mana kaya dan yang mana miskin , selain itu memilih yang mana lawa ke tak dan handsome ke tak , huhu kita just ingat satu je itu semua Tuhan yang menentukan , jangan terlalu memilih sangat , ingat dengan sikap kita macam ini memang lambat ah memasuk alam perkahwinan.

    Rasa aku orang pada zaman sekarang memang  macam tu , kita tengok pada zaman dahulu tak kesah sekali memlilih siapa jodoh mereka yang penting dia ikhlas menjadi bakal pasangan kita dan pandai menjaga kita dan keluarga mahupun susah ataupun susah , aku just tengok dalam family aku je , Atok dan Odang pernah cakap diaorang tak kesah memilih jodoh janji diaorang bahagia , yang aku tahu Atok dan Odang aku adalah sepupu , mereka adalah sepupu sepapat , dah jodoh diaorang apa nak buat terimalah jodoh itu , tapi aku tengok kehidupan mereka luar biasa , senang takde senang sangat janji kena pandai mencari rezeki antara satu sama lain , lagi satu beza umur mereka memang jauh beza ah , steady J

    Memilih umur menjadi satu masalah pada hari ini , jodoh sebenarnya tak mengira umur kita dengan pasangan kita , kalau jodoh kita perbezaan umur dengan seseorang itu jauh , terima je lah , itu Allah yang menentukan , umur Atok dan Odang aku jauh juga ah dalam berbezaan 5/6 tahun dan umur ibubapa aku agak jauh sekali dengan berbezaan 8/9 tahunn , perhhh sungguh jauh sekali umur mereka , zaman sekarang kalau ingin mencari jodoh bagi lelaki ah perempuan lebih muda lagi dia , aku tengok sekarang yang aku nampak ah owhkay je kalau perempuan lebih tua dari lelaki macam kisah MakLang aku ah , bahagia je kehidupan dia , satu lagi biasa ah dalam ingin mencari jodoh kena lah lelaki lebih tua daripada perempuan , itu semua senang ah kalau lelaki lebih tua dari perempuan kerana orang yang dah lama makan garam tahu semua selok belok dan ilmu yang telah pelajari lebih orang yang baru pelajari.

    Selain itu , kita haruslah mencari jodoh kita yang mampu terima kita seadanya , terima seadanya macam dia tak kesah kita cantik ke tak,kurus ke gemuk,pendek ke tinggi,pandai ke tak,putih ke hitam manis dan sebagainya ah , sebelum kahwin kita nie dah kenal dia macam mana tapi kita tak kenal lagi dia 100% , kalau dah masuk alam perkahwinan nie barulah kita kenal pasangan kita nie sepenuhnya dari atas hingga ke bawah , ada orang sebelum dia kahwin dia tidak menunjukkan siapa diri dia sebenarnya selepas dah kahwin baru dia tunjukkan siapa diri dia sebenarnya , kalau kita dah tahu siapa diri dia sebenarnya janganlah kita berasa menyesal kalau kita baru tahu dia ada kekurangan yang kita tak suka , terimalah dia seadanya , dan kalau kita baru tahu kelebihan dia yang luar biasa bersyukurlah dapat macam tu , ingat satu je setiap orang ada kelebihannya dan ada kekurangan , so sebelum kita nak pandang orang macam tu kita kena pandang diri kita dahulu yang apa kelebihan kita dan kekurangan kita , ‘Nobody Is Perfect’ , itu jodoh kita terima dia sepenuhnya.

    Dalam memilih jodoh yang paling penting sekali ialah jodoh kita minta atau mendapat redha dari kedua ibubapa kita dan terima seadanya ah kalau ibubapa kita atau mak dan bapa mertua kita penampilan mereka dan kekayaan meraka , tu ambil ala kala je , kalau kita yang tak suka pada ibubapa mertua kita tak suka kerana buruk ke apa , aku nak tanya kau satu je yang kau nak kahwin dengan dia(ibubapamertua) ke atau anak dia? Hahaha cubalah fikir-2 ah , juga kita hendaklah sentiasa menghormati ibubapa/mertua walaupun dia ada sedikit kesalahan kat kita dan janganlah kita malu bertanya sesuatu kepada mereka kerana mereka lebih banyak pengalaman di dalam alam perkahwinan , dia dah lama hidup di dunia ini dan dialah dah makan garam dulu dari kita , selain itu kita hendaklah berkongsi perasaan bersama mereka yang mana penting sahaja , insha Allah mereka dapat menolong kita menyelesaikan masalah rumah tangga kita dan akhir sekali janganlah sesekali kita simpan sesuatu perasan sampai pendam terhadap pasangan kita.

    Akhir sekali ingin mencari jodoh haruslah la kita mencari jodoh dalam segi keagamaan , ini amat penting ohh dalam mencari jodoh , cari biarlah jodoh kita itu pandai dalam ilmu keagamaan dan pandai mendidik kita atau anak kita dalam rumah tangga , ini amat susah kita ingin mencari jodoh kita pada zaman sekarang , susah-2 juga tapi kita kena pandai mencari jodoh yang sempurna dari segi keagamaan atau kita berdoa , kepada Tuhan agar jodoh kita itu orang yang beriman “Ya Tuhan kami , anugerahkanlah kepada isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” #Amin , biarlah keluarga kita bahagia selalu dan ia membawa sampai ke syurga.

Dalam Islam terdapat beberapa perkara yang ingin mencari jodoh antaranya ialah “Muhasabah Diri” , “Tidak Pernah Berputus Asa Berdoa Kepada-NYA” , “Perbanyakkan Ibadah Sunnah” , “Janganlah Terlalu Memilih” , “Memperluaskan Pergaulan” dan “Meminta Bantuan Orang Lain” , ini semua aku dapat dari blog seseorang , apa yang aku baca semua tu memang betul perkara yang penting untuk kita mencari jodoh kita , aku belum masanya sesuai lagi nak cari siapa jodoh aku , umur aku masih muda lagi dan banyak lagi yang perlu aku mencari ilmu pengetahuan di dunia serta di akhirat.

     

Monday, 2 February 2015

Kecantikan Akhlak Adalah Kecantikan Yang Paling Berkualiti

Kecantikan Akhlak Adalah Kecantikan Yang Paling Berkualiti

Ingatlah , kecantikan seseorang itu bukanlah terletak pada rupa paras , tetapi pada akhlak. Inilah kecantikan yang sebenar-benarnya dan paling berkualiti. Tetapi sayang, ramai yang tertipi dengannya. Sangka mereka , kecantikan rupa paras adalah segala-galanya. Sedangkan akhlak pula sebaliknya. Sebab itulah banyak produk kecantikan dijual hari ini demi mencantikan wajah dan tubuh badan.

  Sebagai makhluk yang diciptakan ALLAH SWT , manusia itu sememangnya sempurna. Bagaimana pun , makhluk yang paling baik adalah mereka yang memiliki akhlak terpuji. Inilah mahalnya nilai seseorang Muslim sekiranya memiliki akhlak terpuji dan terbaik.

  Islam tidak menyebut manusia yang paling baik adalah mereka yang mancung hidungnya , memiliki mata yang menawan , mempunyai dada yang bidang atau sebagainya. Namun , apa yang Islam letakkan sebagai makhluk terbaik adalah mereka yang memiliki akhlak terpuji.

Apakah Akhlak Terpuji Ini?

Ia merangkumi akhlakul karimah iaitu bersangka baik , bertakwa , sabar , adil , redha , tawakal , bijaksana , qana’ah , amal soleh , rela berkorban dan banyak lagi. Andai sifat-sifat ini dapat diterapkan dalam diri , alangkah moleknya. Ini kerana ALLAH SWT tidak melihat kepada kecantikan dan lawanya seseorang itu tetapi , terhadap dua perkara iaitu ketakwaan dan perangai baik yang dimiliki.

  Hakikiatnya , memiliki akhlak mulia membuatkan kitalah manusia yang paling cantik. Inilah adilnya Islam meletakkan nilai kepada umatnya. Maka , buat apalah kita hendak menyombongkan diri hanya kerana kecantikan luaran yang tidak akan kekal itu ?

  Lupakah kita , walaupun ada yang memiliki rupa paras yang cantik , akhir nanti kita tetap menjadi penghuni kubur. Di sana kita hanya berbekalkan kain kafan semata-mata yang membaluti tubuh. Ketika itu , di mana lagi kecantikan yang dibangga-banggakan? Sudah pasti tiada.

  Bagi mereka yang berbangga kerana memiliki kecantikan ketika usia muda , akan tetapi mengalami kedutan di kulitnya apabila tua menjengah. Bukan sahaja orang lain , bahkan kita sendiri tidak mahu melihat kedutan di pipi gebu sekarang ini. Jadi , apakah yang mahu dibanggakan dengan memiliki kecantikan sementara?

  Begitu juga jangan sesekali berbangga dengan pangkat yang kita miliki. Dahulu , mungkin kerana kuasa , kita dihormati. Namun , apabila pencen , siapa lagi yang mahu menghormati kita. Ketika berkuasa dahulu memanglah dipandang hebat. Namun , ingatlah bila-bila masa sahaja kita boleh jatuh jua dengan kuasa yang ada.

  Jika rasa mahu menyombong juga , cuba ingat kembali kisah Nabi Sulaiman. Baginda memiliki kekuasaan yang luas dan banyak sehingga tidak dimiliki selainnya , namun sombong dengan kuasa dan kekayaan , itu mengikuti jejak langkah Qarun , Namrud dan Firaun?

Jauhi Sifat Sombong

Jadi , janganlah kita bersifat sombong. Apa yang ALLAH berikan kepada kita ini , adalah bersifat pinjaman semata-mata. Kadang-kadang manusia apabila bersikap sombong , cara berjalan pun tetap kelihatan sifat sombongnya itu. Sedangkan ALLAH berfirman dalam surah al-Isra , ayat 37 yang bermaksud :
  “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong , kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung.”

  Ingat , kesombongan kita tidak akan ke mana. Malah , tidak akan sesekali dapat menembusi bumi dan tidak akan mampu mencapai setinggi langit. Sombong juga tidak membawa kita ke mana , kecuali hanya dibenci setiap makhluk. Sebagai orang yang beriman , ingatlah bahawa sifat sombong merupakan hak ALLAH SWT.


Sunday, 25 January 2015

Khasiat Cuka Epal

Khasiat Cuka Epal

Cuka Epal merupakan sudah diketahui mempuyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai bahan tonik kesihatan oleh orang-orang Greek di Mesir. Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C Jarvis , penulis buku kesihatan mengesyorkan cuka epal dimunum setiap hari sebagai ‘home cure’ (ubat di rumah).



Khasiat Cuka Epal

· Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

· Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi(disebabkan binatang kesayangan , makanan dan persekitaran) , jangkitan sinus , selsema , jerawat , kolestrol tinggi , keletihan yang kronik , sakit ulu hati , sakit tekak , dermatitis , artritis(bengkak sendi) , gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

· Mengandungi Pectin , sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolestrol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.

· Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan , sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.


· Kaya dengan Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit , merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi , keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.


· Kaya dengan ‘Beta Carotene’ yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas , menegangkan dan memudahkan kulit.


· Mengimbang kadar asid-alkali dalam badan , membantu melarutkan himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi , otot dan badan


Saturday, 24 January 2015

Khasiat Cuka Kurma

Khasiat Cuka Kurma


Cuka Kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C , vitamin E , vitamin B1 , beta-karotena , vitamin P(bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium(keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak , kolestrol , asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya

Menurut tokoh perubatan Islam , Ibnu sina dalam kitab beliau ‘Al-Qanun Fi Al-Tib’ menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakkan di dalam badan seperti bisul dan kanser , memperbaiki masalah pencernaan di dalam perut , masalah usu , menyucikan darah , kerongkong , kahak , batuk berpanjangan , menjaga kulit dari kepanasan matahari , mengatasi masalah lemak-lemak di badan(kolestrol) , menstabilkan asid dan garam di dalam badan , membuang keracunan badan(menyingkir toksik) , masalah rahim , menguatkan gigi , mata , telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan” – Darul Fikri , Bairut Tahun 1414 , m/s 908-909.

Ibnu Qayyim dalam kitab beliau ‘Al-Tib Al-Nabawi’ menyatakan  cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut , masalah hempedu(membersih hempedu dari lemak yang berbentuk batu) , mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan(kesan samping dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul di dalam perut(masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi limpa , membersihkan usus(membuang toksik dalam perut) , menguatkan sistem perut(buasir) , menghilangkan masalah dahaga(kepanasan badan) , mencegah sebarang pembengkakkan yang akan terjadi di dalam badan manusia(bisul , kanser dan sebagainya) , membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi , Bairut 1410H , m/s 233.

Friday, 23 January 2015

Khasiat Cuka Delima

Khasiat Cuka Delima

Khasiat Cuka Delima :

- Cuka delima membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk.

- Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Ini kerana delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

-Unsur flavonoids melindungi otak dan menguatkan memori.

- Cuka delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Ianya dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

- Mengurangkan risiko penyakit kencing manis

- Mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat dan mencegah kanser payudara.

- Membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

- Dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi.

- Meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin).

- Mengatasi masalah kekeringan pada vagina wanita. Menjadikan vagina lebih subur dan lembap.

Tuesday, 6 January 2015

B-COMPLEX

B-COMPLEX

Perbezaan Shaklee :
Para saintis telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehan serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana , asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh ,  dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B , termasuklah 100% biotin dan asid folik.Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air , sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan. Oleh itu , adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.
Shaklee B-Complex  will not cause rosary fungus or unfected active yeast bacteria like B-comeplex extract from beer yeast.

Manfaat Utama :

·         Menukar makanan kepada tenaga – Bantu penghadaman , menukar lemak , karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

·         Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf , sekali gus meredakan sakit kepala , tekanan , kemurungan  dan insomnia.

·         Membantu tumbesaran – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu permbinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

·         Rambut beruban dan gugur -  Membaiki masalah kulit kepala , kelemumur , rambut gugur ,  beruban dan mengekalkan kesihtan rambut.

·         Baik untuk mata – mengurangkan masalah keletihan mata , mencegah katarak , meningkatkan kualiti penglihatan , perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.

·         Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody ,  merangsang sirkulasi darah dalam tubuh , merendahkan paras sistin untuk kesihatan migrain , muntah-muntah , mabuk darat atau laut.

·         Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS) , meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman , terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

·         Mencegah perlcche – dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis) , mencegah jangkitan lidah (glossitis) , nafas berbau.

·         Detoksifikasi – meredakan alahan.



KENAPA PILIH B-COMPLEX SHAKLEE
AW-NATURAL  B-COMPLEX
RM 63.00 / 82 HIDANGAN
MENGANDUNGI 7 VITAMIN B SAHAJA

SHAKLEE B-COMPLEX

RM 43.00 / 120 HIDANGAN

8 VITAMIN LENGKAP
RM 0.80 / 1 HIDANGAN

RM 0.36 / 1 HIDANGAN

Cadangan :

-Untuk kesihatan berpanjangan                       : 1 biji sehari (selepas makan)

-Untuk rambut gugur , anemia kesakitan        : 2 – 3 kali sehari , 1 biji (selepas makan)

Nota: B-kompleks merangsang metabolism dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba , oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.

---------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Muhd Nur Syahir bin Yaacob
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Melaka / Tangkak / Muar / Gemenche dan Semenanjung Malaysia
Shaklee ID : [ No : 685966 ]
Fon Number : 016-2064321
Twitter : Muhdnursyahir
Instagram : Muhdnursyahir
Wechat : Muhdnursyahir
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 685966 
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya. Sekian.