Assalammualaikum dan selamat sejahtera , alhamdulilah
diri ku ini sihat sejahtera walaupun kaki ku ini belum sembuh sepenuhnya ,
biarlah lama kaki aku nie mengambil masa untuk penyembuhan janji aku taknak
sesuatu benda masuk pada kaki aku ini , ‘Biarlah Lambat Asal Selamat’ , aku
bersyukur juga kepada Tuhan di berikan jalan terbaik bagi untuk penyembuhan
dengan mengikuti Rawatan Alternatif Islam , Alhamdulilah lah tempat rawatan tu
dekat sekali dengan rumah aku dan sebelahan kedai mak aku , Terima Kasih Ya
Allah berikan dipermudahkan segala urusan ku.
Aku pada mulanya
dapat berita yang rawatan ini ada daripada MakLong aku , rawatan tu jalan kerja
dalam dua hari then baru ah aku tahu , pada hari kedua rawatan tu ah aku pergi
dengan kaki yang tidak sembuh sepenuhnya dan pergi dengan bertongkat dua , aku
pada malunya malu nak pergi coz keadaan bertongkat tapi aku fikir balik itu
semua tak penting , biarlah orang nak mengata apa sekalipun kat aku janji aku
berusaha sedaya mampu demi diri aku sendiri untuk penyembuhan , alhamdulilah
adik aku hantar aku pergi setiap malam , rawatan nie buat malam dari lepas
Isyak hingga selesai rawatan , rawatan nie tak kira habis pukul berapa janji
selesai membuat rawatan kepada semua orang , yang aku tahu rawatan nie buat
sampai habis empat atau lima pagi. #Perhhh
Rawatan ini
juga terdiri daripada dua kategori iaitu kategori pertama rawatan bagi rawatan
yang ada penyakit sakit kaki/badan/ tangan,pergerakan,mata,resdung,telinga dan
tenaga bagi orang kurang tengana dan berumur , selain tu rawatan kedua pula
adalah rawatan gangguan iaitu rawatan yang seseorang itu ada gangguan dalam
badan,buatan orang,membela sesuatu untuk dikeluarkan , pada awalnya dia membuat
rawatan pertama dahulu baru rawatan kedua , kalau dah habis rawatan pertama
barulah boleh buat rawatan kedua , rawatan kedualah terlalu ramai orang
menunggu untuk membuat rawatan tersebuat kerana ingin membuang gangguan tu dari
dalam badan.
YM Ustaz Nik
Mohd Zunaidi adalah ketua bagi rawatan nie dan terdiri beberapa anak muridnya
yang membantu dalam rawatan ini , Ustaz dan anak muridnya nie hanya membuat
rawatan di katerogi kedua dan sedikit rawatan di kategori pertama kepada semua
orang , selain tu terdapat beberapa pembantunya hanya ditugaskan membuat
rawatan pertama kepada semua orang , rawatan ini tidak mengira bangsa untuk
membuat rawatan , sampai ada kaum India dan Cina yang datang untuk membuat
rawatan ini , rawatan ini amat memerlukan sifat ‘Kesabaran’ kerana terlalu
ramai orang yang ingin dirawat.
Perlu bayar ke
rawatan nie? Ehh tak perlu sekalipun kerana rawatan nie hanya percuma , hanya
perlu bayar bagi sesiapa yang ingin membeli penawar bagi penyakit sekalipun ,
di rawatan tersebut terdapat kedai yang menjual barang penawar bagi penyakit
sekalipun dan barang Sunnah Nabi Muhammad SAW , bagi setiap barang penawar
tersebut telah didoakan,dizikir,disolat hajatkan jadi pantang bagi barang
penawar ialah ‘Dilangkah’ , barang sunnah Nabi itu hanya jual dan ada khasiat
kepada penyakit apa sekalipun kepada sesiapa yang ingin menggunakannya dan
sikap yang cinta kepada Nabi iaitu mengamalkan barang sunnah Nabi.
Bagi kaki aku
nie yang Ustaz cakap amalkan menggunakan ‘Daun Tembaga Sausa’ dan ‘Minyak Lemak
Kasawari’ , sapu minyak lemak kasawari di tempat yang patah then balutkan
dengan daun tembaga sausa then tutup dengan bendesh sambil berzikir sepanjang
masa , amalkan selama dua minggu
Insha-Allah dengan izin Allah kaki yang patah akan dicantum semula ,
Alhamdulilah , Terima Kasih Ya Allah kerana sembuhkan kaki aku ini walaupun tak
sempurnanya , setelah aku mengamalkan lebih dari dua minggu dan berjumpa doktor
then kaki aku nie sembuh tidak sempurnanya dan ada berubahannya , aku sebelum nie bertongkat dua then selepas
amalkan ini semunya aku dapat bertongkat sebelah je , ini semua kuasa ALLAH ,
Dialah yang berkuasa membuat sesuatu perkara. ‘Manjadda Wajadda’ BarangSiapa
Yang Berusaha Pasti Berjaya.
Rawatan
tersebut berjalan langsung selama 18 hari je tapi ramai orang yang mencadang
untuk ditambahkan hari rawatan kerana rawatan selama 18 tidak puas bagi mereka
, Alhamdulilah akhirnya rawatan tersebut dengan izinkan Allah ditambahkan hari
selama seminggu , rawatan tersebut
dijalankan langsung selama 25 hari , huhu , aku bersyukur dengan semua
tu , pada hari-hari terakhir pusat rawatan tu mencari ahli ‘Stokis’ di Jasin ,
Alhamdulilah bersyukur kepada Allah aku salah sorang menjadi ahli stokes ,
terdapat dua orang ahli stokis , sorang tu ahli stokis belah Tangkak dan aku
pula menjadi ahli stokis belah Jasin , stokis ini menjual barang penawar dan
barang-2 sunnah Nabi , aku menjual di kedai makan depan Stadium , apa-2 boleh
datang dan tanya apa saja , Sekian.
Muhammad Nur Syahir bin Yaacob | Batu 19 Kampung
Kelubi , Jasin , Melaka
HP : 016-2064321 | Seribusatuinfosihat.blogspot.com
Facebook : Muhd Nur Syahir | Twitter : Muhd Nur
Syahir | Wechat : Muhd Nur Syahir
|